Apa Yang Perlu Anda Buat Jika Pasangan Tidak Suka Cara Anda Bercium?

Apa Yang Perlu Anda Buat Jika Pasangan Tidak Suka Cara Anda Bercium?

YouTube

“Saya perlukan bantuan kerana pasangan saya tidak suka dengan cara saya mencium dia. Dia mengatakan cara ciuman saya tidak ada keserasian. Pada saya ianya hanyalah ciuman tidak ada yang penting tapi saya silap kerana nampaknya pasangan saya merasakan ciuman itu haruslah bermakna.” – Zahari.

Tammy Nelson, Ph.D., Terapi Seks dan psikoterapis: Ya, ciuman adalah perkara yang penting dalam perhubungan. Ciuman boleh menjadi penanda aras kepada menjadikah sesuatu hubungan itu ataupun sebaliknya. Jika ciuman anda sangat menghairahkan mungkin anda akan selamat tapi apa yang akan jadi jika tidak?

Walau apa pun caranya, anda berdua harus menikmati proses tersebut.

Jika anda berasa selepas bercium pasangan anda akan naik marah, cuba lakukan senaman mulut, bersihkan mulut dan cuba sekali lagi dengan lebih perlahan dan penuh kasih sayang.

Tetapi memang betul, anda harus tunjukkan usaha ke arah mendapatkan ciuman yang baik agar pasangan anda juga dapat merasai keseronokan bersama pasangan apabila bercium.

Tapi jika semua itu masih berlaku, anda boleh menonton filem luar negara yang memaparkan aksi bercium dan belajar dari situ. Mana tahu ada teknik diorang yang boleh diguna pakai dalam perhubungan anda.

Jena Freidman, penulis dan stand-up comedian:

Dari sudut positifnya mungkin cara ciuman anda masih belum menjadi penghalang bagi perhubungan anda  berdua.

Tapi apa yang menyebabkan anda sukar mencium pasangan anda dengan cara yang mereka suka? Adakah anda gementar?

Adakah anda tidak mendengar luahan perasaan mereka selepas anda berdua bercium? Anda perlu memikirkan perasaan bersama.

Komen di bawah!

Sumber: Men Fitness

BACA: Adakah Ciuman Itu Betul-Betul Menggelikan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *