Apa Yang Ingin Di Pakai Untuk Pergi Ke Gym

Dada anda kelihatan mencungap-cungap, peluh merembes keluar dari dahi. Keadaan fizikal anda juga seperti orang letih. Oh rupanya anda baru sahaja melakukan senaman berat di gym. Adakah anda baru sahaja memilih warna kelabu untuk pergi ke gym? Anda tidak kisah jika orang lain melihat peluh anda di badan?

Adakah dalam sedar anda memilih pakaian yang sesuai ketika melakukan senaman di gym?

Kita menjaga penampilan ketika bersenam hanya untuk kelihatan baik di hadapan orang.

Namun begitu masih ramai lagi orang di luar sana yang tidak dapat melakukan senaman dengan baik kerana faktor pakaian yang tidak sesuai yang hanya membuatkan mereka tidak selesa untuk melakukan senaman. Apatah lagi terpaksa berhadapan denga bermacam peralatan senaman.

Di sini kami sediakan beberapa peralatan yang sesuai untuk dipakai ketika pergi ke gym.

ads-pomade_updated

Top Tank

Pilihan top yang seperti singlet amat sesuai dibawa pergi ke gym, dengan rekaan yang longgar dan bebas membolehkan and bersenam dengan keadaan yang paling selesa.

jdag-brand-golds-gym-tank-top-men-undershirt-regatas-cotton-sleeveless-bodybuilding-clothing-vest-fitness-workout

Sarung tangan

Ini untuk memberikan tekanan lagi kepada tangan anda ketika memegang besi-besi yang ada di bilik gym.

maxresdefault

 Tshirt

Tak salah jika anda ingin melindungi tubuh badan anda dari tercedera ketika melakukan senaman di gym. Al maklum sahajalah barang-barang di gym tu semua boleh tahan bahayanya. Baju juga boleh melindungi badan anda dari berasa sejuk kerana di gym keadaannya memang sejuk. Jangan pula anda pilih baju yang bewarna kelabu kerana peluh hanya akan dapat dilihat di badan anda jika memakai baju bewarna itu. Pilih baju yang berasaskan kain kapas kerana jenis ini dapat menyerap peluh.

5d185cbf4827d6d370542ee358b7950d

Baju Sejuk

Kebiasaan kita lihat orang sukan ni akan pakai baju sejuk setiap kali pergi ke perlawanan mana-mana. Ini kerana untuk memastikan tahap kepanasan badan sentiasa di paras yang sama ketika membuat sesi latihan senaman. Ini juga bagi mengelakan diri dari cedera ketika melakukan senaman seperti squad, dan juga larian.

ads-hair-tonic

slideshow_3

Seluar Sukan

Seluar jenis ‘track pant’ ini memang sangat popular sekarang. Ianya bukan sahaja kelihatan fit tetapi nampak begitu selesa bagi si pemakai untuk bergerak.

blacktrackpantsweb

Seluar Pendek

Kalau pakai seluar ini memang sesuai pergi ke gym kerana seluar yang memberi pengudaraan yang banyak ketika bersenam. Pastikan juga seluar bawah peha kerana anda tidak ingin orang lain melihat objek lain ketika bersenam kan? heh.

broga

Seluar ketat

 

Sebagai trend baru-baru ini, anda melihat semua jenis atlet profesional menyokong mereka kerana manfaat yang mereka berikan kepada apa-apa bahagian yang penting dalam pergerakan kaki anda: kehangatan, aliran darah, dan pemulihan. Ramai orang memakai pakaian mampatan mereka di bawah sepasang seluar pendek untuk dedahkan kelelakian mereka kepada orang awam, dan juga untuk tidak disalah anggap sebagai model seluar yoga.

image

Begitulah antara barangan yang boleh anda gayakan ketika pergi ke gym, pakai mengikut kesesuaian juga. Termasuk ikut keselesaan itu yang penting, jika anda ada sebarang pakaian lain yang sering anda guna ketika berada di gym boleh komen di bawah.

BACA: Apa Yang Sesungguhnya Diinginkan Lelaki? Ini Jawapannya

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.