Apa Yang Harus Anda Ketahui Tentang Hormon Testosteron

Hormon Testosteron adalah hormon yang dihasilkan dalam testis kepunyaan golongan kaum lelaki. Kepada kaum lelaki, hormon ini mempunyai fungsi yang sangat penting kerana hormon ini bertanggung jawab untuk mengembangkan jaringan pembiakan, seperti testis dan prostat.

Dengan kewujudan hormon ini, maka lelaki boleh dibezakan dengan kaum wanita dari sudut fizikal dan dalaman seperti wujudnya bulu-bulu pada bahagian tubuh badan lelaki di kala mereka mencapai akil baligh. Ini juga termasuk mewujudkan pemacu seksual kaum lelaki untuk berhubungan intim kerana tanpa testosteron sukar untuk kaum lelaki ini terangsang.

Gambar hiasan: Men’s Fitness

Kali ini kita akan ketahui dengan lebih lanjut tetapi ringkas berkenaan hormon testosteron yang dimiliki oleh kaum lelaki ini jadi diharapkan ia dapat membantu menambah pengetahuan anda.

Manfaat Hormon Testoteron

Hormon testosteron memiliki pelbagai fungsi penting yang membolehkan kaum lelaki itu berfungsi seperti seorang lelaki. Selain daripada sudut seksual ia juga mempengaruhi bentuk fizikal seseorang lelaki itu. Adapun beberapa manfaat yang diperolehi daripada hormon testosteron ini diantaranya adalah:

  • Mengembangkan jaringan sistem pembiakan kaum lelaki
  • Meningkatkan ghairah seks lelaki
  • Meningkatkan pembentukan tulang
  • Meningkatkan pembentukan otot
  • Meningkatkan pertumbuhan rambut di sekitar tubuh

Gambar hiasan: Men’s Fitness

Batas normal hormon testosteron

Seperti juga kadar kolesterol dan tekanan darah, kadar testosteron juga akan memiliki batas paling tinggi dan rendah. Peningkatant kadar testosteron dalam tubuh diatur oleh fungsi otak dan testis. Selama testosteron rendah, maka otak akan cuba untuk mengaktifkan testis untuk menciptakan testosteron lebih banyak. Ketika testosteron sudah dalam batas yang normal, otak akan memberi signal pada testis untuk menguranginya.

Gambar hiasan: Men’s Fitness

Makanan untuk Meningkatkan Hormon Testoteron

Ada beberapa jenis makanan yang bermanfaat untuk diamalkan demi membantu meningkatkan kadar hormon testosteron seseorang lelaki, beberapa diantaranya adalah dengan mengamalkan pemakanan yang melibatkan buah pisang, nenas, telur, bawang putih, sayuran dan makanan laut.

Oleh iitu kini anda sudah memahami dengan sebaiknya mengenai hormon testosteron, termasuk fungsi hormon tersebut kepada anda dan juga cara untuk meningkatkannya. Dengan ini diharapkan perkongsian ini membantu anda untuk lebih peka terhadap hormon testosteron anda dan memberikan manfaat kepada anda juga.

Baca lagi: 4 Perkara Yang Bakal Terjadi Jika Kadar Testosteron Anda Terlalu Rendah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *