Apa Pula Rahsia Yang Ada Pada Dada Seorang Lelaki?

Mungkin ramai yang terfikir, apakah rahsia yang terdapat pada dada si lelaki? Ia bukan seperti wanita yang mempunyai fungsi untuk menyusukan bayi. Ada yang mengatakan dada lelaki tiada fungsi. Namun sebaliknya pula yang didapati di sini.

Namun, setiap lelaki mempunyai dada yang menarik perhatian wanita dan menjadi lambang ‘macho’ kepada kaum itu. Setuju? Saya tahu ramai lelaki juga turut bersetuju akan hal ini. Lagipun buat apa kebanyakan lelaki tayang badan apabila berada di tepian pantai?

Gambar hiasan: Vice

Asal Usul Mengenai Dada Lelaki

Memetik laman Menshealth, ketika dalam kandungan, badan lelaki atau wanita mempunyai ‘cetakan’ yang sama. Ini termasuklah mempunyai bahagian dada.

Namun, seiring dengan bertambahnya usia kandungan, juga kewujudan pengaruh dari gen, kromosom Y serta hormon testosteron yang sedikit sebanyak membezakan sifat lelaki dan wanita secara perlahan-lahan.

Bahagian dada lelaki pula akan terhenti pertumbuhan tidak seperti wanita, manakala hormon menjadikan testis dan zakar semakin membesar. Maka begitulah bermulanya perbezaan antara kaum lelaki dan wanita.

Gambar hiasan: Vice

Zon Ransangan

Dari segi kajian seks pula, dada lelaki mempunyai fungsi sebagai zon rangsangan buat lelaki ketika hubungan intim. Terutamanya pada bahagian puting. Malah ia merupakan antara zon ransangan terbesar untuk para lelaki yang kebanyakan wanita ambil mudah.

Selain itu juga dada kaum lelaki ini adalah tempat untuk kaum wanita berasa selamat, tetapi itu bergantung kepada persepsi setiap wanita. Malah ada wanita yang beranggapan bahawa dada lelaki yang membuatkan mereka berasa selamat adalah dari jenis yang bidang.

Jadi ramailah jejaka masa kini menghabiskan masa di gimnasium semata-mata untuk menjadikan fantasi wanita kesayangan mereka suatu kenyataan. Sebaliknya, bukankah ianya lebih baik jika anda lakukannya demi kecergasan diri?

Gambar hiasan: Vice

Namun hakikatnya dada seorang lelaki melambangkan kelelakiannya yang tersendiri. Ia menunjukkan samada betapa hebatnya dia dan bentuk kekar tubuh badan mereka. Semuanya adalah mengenai pembentukan postur tubuh yang menarik.

Nah, sekarang sudah faham kan apakah rahsia yang terdapat pada dada seorang lelaki? Tidaklah seperti anda terus tertanya-tanya pada suami anda, sebab ia mungkin kedengaran janggal dan menakutkan jika ditanya mengenai perkara itu.

Baca lagi: 4 Kesalahan Pemakaian Seluar Dalam Yang Kerap Anda Lakukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.