Apa Nak Buat Selain Pergi Kolej Atau Selepas Tamat Kolej?

Apa Nak Buat Selain Pergi Kolej Atau Selepas Tamat Kolej?Sumber gambar: Shutterstock

Setiap usahawan yang berinspirasi memerlukan satu “Projek Besar” yang pertama.

Projek ini adalah sebaik-baiknya bukanlah suatu pekerjaan.

Ia adalah lebih baik jika projek itu adalah sesuatu yang anda pilih, direka dan dibiayai oleh anda sendiri.

Dengan melibatkan diri anda dalam perkara-perkara yang anda benar-benar mahir secara mendalam, anda akan memperoleh pengetahuan dan pengalaman yang sebenar.

Ini adalah jenis ilmu yang anda tidak peroleh di dalam kelas dan jenis seperti “bahan mentah” yang anda boleh tukarkan menjadi aset                       ( kemahiran atau produk) yang akhirnya boleh dijual.

Saya bukan “anti-kolej”.  Saya “pro-pilihan.”

Ramai di antara kita tidak sedar bahawa terdapat satu lagi cara untuk mencari pekerjaan yang anda suka selain daripada melayari katalog jurusan dan duduk di dalam dewan kuliah.

Walaupun anda telah baca artikel ini dan masih teguh pendirian untuk pergi ke kolej, anda perlu aktif mencari sesuatu untuk memperbaiki kehidupan dan membina diri anda dengan mengharungi suatu pengalaman yang mencabar yang anda sangat minat.

Berikut adalah beberapa projek pengubah hidup untuk dicuba selain daripada kolej:

1. Mengembara seluruh dunia

Sumber gambar: expertvagabond.com

Mengembara akan memberikan anda suatu perspektif yang baru dan pendedahan kepada budaya baru yang akan menjadi suatu topik yang menarik untuk anda ceritakan kepada orang lain.

Lawati tempat-tempat yang anda pernah baca, makan makanan yang tidak pernah anda rasa dan berkawan dengan orang yang anda tidak pernah kenal.

Ia adalah suatu kembara pengalaman yang baik untuk anda.

2. Memulakan perniagaan

Sumber gambar: mycity-web.com

Perkara utama apabila memulakan perniagaan adalah anda akan belajar bahawa kegagalan tidak dapat dielakkan.

Dan apabila anda dapat mengatasinya, anda akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk berjaya di masa akan datang.

Ini adalah cara lama untuk membina perwatakan diri.

Memulakan perniagaan juga adalah  cara yang baik untuk belajar bagaimana untuk berunding apabila orang tidak sukakan anda dan meyakinkan orang lain untuk membantu anda.

3. Menjadi fasih dalam bahasa baru

Sumber gambar: fluentin3months.com

Belajar satu bahasa asing sama ada bahasa Jepun, Sepanyol, Korea atau Jerman dan luaskan kemahiran anda secara antarabangsa.

Berusahalah untuk menjadi fasih dan mula menikmati suatu budaya yang biasanya dikhaskan untuk orang-orang yang petah berbahasa.

Kemudian lanjutkan kemahiran anda ke negara yang menuturkan bahasa tersebut.

4. Berseni

Melukis, muzik, tarian, seni pahat atau apa saja, cari sesuatu yang sesuai dengan anda dan lakukannya setiap hari.

Cipta sesuatu yang kreatif dan indah yang boleh anda banggakan dan kongsikannya kepada komuniti seni.

 

Baca lagi: Bagaimana Mahu Bercakap dengan Cemerlang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *