Apa Jadi Sekiranya Suka Makan Tempe?

 

Apa Jadi Sekiranya Suka Makan Tempe?

mobile education

Tempe ini kalau anda nak tahu diperbuat dari kacang soya dan kemudian diperap hingga menjadi tempe.

Jangka hayat tempe ini juga tidak lama, setelah beberapa hari dipasaran, tempe ini akan mulai kuning dan kemudian menjadi kulat.

Untuk itu, memang kalau anda jenis yang gemar memasak tempe tempoh sehari berada di dalam peti ais adalah terbaik. Tempe ni tak boleh di simpan lama-lama.

Khasiat tempe ini juga dikatakan amat banyak dan ada juga yang mengatakan jika ingin pandai, anda kena makan tempe.

Makanan ini juga amat popular di negara Indonesia dan juga Jawa jika di Malaysia, memang setiap kedai masakan lauk campur akan menghidangkan lauk yang berasaskan tempe ini!

Jom ikuti beberapa khasiat tersembunyi yang ada di dalam tempe ini.

ads-perfume-with-azrel

1. Tempe mengandungi khasiat kalsium yang sama dengan air susu. Kajian ini dikeluarkan sendiri oleh Timbalan Dekan dan Professor Pemakanan Dietetik UKM. Selain itu, tempe berkesan untuk mencantikkan wajah korang.

2. Ya, tempe mampu mencerahkan kulit wajah dan tiada kesan bahaya malah akan menampakkan korang sentiasa kelihatan muda. Kenyataan ini disahkan sendiri oleh penyelidik Kanan Pusat Penyelidik Bioteknologi Industri SIRIM.

3. Selain itu, tempe boleh mengurangkan kolestrol, meningkatan kekuatan tulang, mengurangkan gejala monopous awal dan kandungan protein sama tinggi seperti daging.

4. Tempe sangat bagus untuk mereka yang ada tekanan darah tinggi. Kenapa? Tempe mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan dimana membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

5. Kalau korang ada masalah cirit birit, amalkan makan tempe sebab kandungan protein yang tinggi mempercepatkan tempe untuk dicerna. Tempe juga boleh mengelakkan individu terkena keracunan makanan.

Ha, baru anda tahu khasiat tersembunyi yang ada di dalam tempe ini! Komen di bawah.

Sumber: Himpunan Cerita Lawak

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *