Angkatan Tentera Malaysia Kini Mempunyai Unit Pertahanan Siber

Angkatan Tentera Malaysia Kini Mempunyai Unit Pertahanan Siber

                                                                               Amanz

Medan peperangan di kini tidak terhad kepada dunia sebenar. Peperangan saiber dilihat sebagai medan peperangan yang lebih penting kerana penggunaannya yang semakin meluas untuk proses perintah dan kawalan (command and control). China kini dilihat sebagai negara dengan bala tentera saiber terbesar di dunia. Mereka kerap kali dituduh cuba menggodam sistem pertahanan negara lain seperti Amerika Syarikat. Bagi mempertahankan perbatasan atas talian negara, Angkatan Tentera Malaysia kini mempunyai unit pertahan siber mereka tersendiri.

ads-facial-bar

Ini diumumkan oleh Menteri Pertahanan,Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini. Unit ini sudah memulakan operasi sejak tahun lalu bagi mempertahankan aset sistem pertahanan dan rangkaian yang digunakan tentera negara. Beliau menambah unit ini mengambil masa tiga tahun untuk ditubuhkan dengan bantuan beberapa negara luar yang tidak didedahkan.

Kepada mereka yang melabelkan diri mereka sebagai askar papan kekunci, Unite Pertahanan Siber ATM ini mungkin kerjaya yang boleh anda pertimbangkan sekiranya mempunyai kepakaran. Gantikan topi putih penggodam anda dengan beret hijau ATM. Di dunia masa hadapan, anda tidak semestinya mengangkat raifal untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Sumber: Amanz

BACA: 5 Gambar Terbaru Jejaka Pembuat Teh Yang Semakin Kacak

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.