Angin Pasang Lelaki Dikenali Dengan Nama Hernia

Angin Pasang Lelaki Dikenali Dengan Panggilan Hernia

NetDoctor

Sebenarnya masalah Hernia ni seringkali terjadi kepada lelaki di usia mereka kecil lagi, penyakit ini menyerang tidak kira masa.

Kalau diikutkan sebenarnya penyakit ini akan menyerang lelaki dewasa juga dan tempat selalunya terjadi kesakitan adalah di kawasan pangkal peha dan juga kawasan ari-ari.

Penyakit ini juga seringkali berlaku kepada lelaki yang berusia 5o tahun kerana otot mereka yang berada di ari-ari sudah longgar dan apabila tekanan berlaku, otot di kawasan tersebut akan terbuka.

Namun begitu, penyakit ini jarang sekali dibincangkan kerana ia melibatkan alat sulit lelaki dan disebabkan itu mereka lebih banyak mengambil keputusan untuk berdiam diri.

Tambahan pula sakit ini akan hilang ketika anda berbaring atau duduk yang menyebabkan ada yang mengambil sikap endah tidak endah apabila penyakit ini menyerang.

Apa yang lebih menakutkan lagi, penyakit ini boleh mengancam nyawa pesakit jikalau kuman sudah merebak.

Ujar Perunding Bedahan Am, Payudara dan Endokrin, Tropicana Medical Centre, Dr. Zamzuri Zakaria, penyakit ini tiada ubat melainkan pesakit berjumpa dengan pakar untuk melakukan pembedahan pembuangan otot-otot yang sudah dijangkiti penyakit Hernia.

Sumber: Utusan Malaysia

BACA: 5 Khasiat Buah Tomato Yang Perlu Kita Ketahui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *