Angelina Jolie Dirancang Akan Membintangi “X-Men: Dark Phoenix”

Filem terbaru dari francais”X-Men: Dark Phoenix” dilaporkan telah pun berhasil untuk menemukan dua bintang untuk memainkan peranan yang bermisteri.

Berbicara di acara Popcorn Talks Meet the Movie Press, Jeff Sneider mengatakan jika Angelina Jolie dianggap tepat membintangi filem superhero itu.

Gambar hiasan: Scren Rant

Namun, Sneider juga menganggap Jessica Chastain juga tepat untuk peranan yang sama.

Ini bukan pertama kalinya Jolie dikhabarkan akan terlibat dalam filem yang berdasarkan komik. Dia juga sebelumnya turut dikhabarkan akan menjadi sutradara pada filem “Captain Marvel” produksi Marvel Studios.

Gambar hiasan: Scren Rant

Tapi khabar angin itu tinggal khabar angin sahaja ketika Anna Bodden dan Ryan Fleck yang ternyata menjadi sutradara.

Adapun Jessica, menurut Sneider adalah susuk yang terbaik untuk peranan bermisteri “X-Men: Dark Phoenix”.

Gambar hiasan: Scren Rant

Jika benar, Jessica mungkin akan bergabung kembali dengan James McAvoy, yang bekerja sama dalam drama The “Disappearance of Eleanor Rigby” di tahun 2013.

Namun begitu admin berpendapat Angelina Jolie lebih sesuai untuk membawakan watak sebagai Dark Phoenix di dalam X-Men.

Baca lagi: Saat Tom Cruise ‘Dikutuk’ Puteri Ahmanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.