Anda Perlu Berhenti Lakukan 5 Perkara Ini Untuk Jadi Lebih Produktif!

Dalam keadaan dunia yang makin berkembang pesat dan maju ini, ia terasa seperti semakin banyak tugasan yang menanti dan perlu diselesaikan dengan serta merta.

Anda terpaksa membalas e-mail pelanggan, menyiapkan projek yang ditugaskan sebelum hujung minggu dan juga semestinya meluangkan masa bersama keluarga, jika anda masih mempunyai sisa masa yang berbaki.

Anda Perlu Berhenti Lakukan 3 Perkara Ini Untuk Jadi Lebih Produktif!Sumber gambar: Getty Images

Semakin banyak tugasan yang kita terima, semakin mudah untuk minda kita menjadi kusut.

Otak kita akan menjadi penat dan akhirnya menjadikan kita kurang produktif untuk menyiapkan segala tugasan yang telah dipertanggungjawabkan.

Apa yang menarik tentang menjadi seorang yang produktif adalah bahawa ianya adalah tentang menjadi selektif dengan apa yang anda lakukan dan bukannya terikat dengan tugasan yang bertimbun.

Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu berhenti lakukan jika anda mahu menjadi seorang yang produktif:

1. Cuba untuk melakukan segala-galanya sekali gus

Sumber gambar: sites.psu.edu

Pernahkah anda melihat orang-orang yang bertungkus lumus dengan timbunan tugasan mereka dan kemudian berakhir dengan tekanan diri?

Mereka berlari dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan hampir tidak mempunyai masa untuk bernafas. Ianya seperti mereka cuba untuk melakukan segala-galanya.

Jika anda ingin menjadi pakar dalam sesuatu perkara, ia bermakna anda perlu menolak kepada peluang-peluang yang lain, sekurang-kurangnya buat masa ini.

Sebagai contoh, pemain tenis terbaik, Serena Williams kini telah beralih ke dalam bidang fesyen dan mempunyai pusat pakaiannya yang tersendiri.

Tetapi ketika pertama kali beliau bermula, beliau fokuskan semua tenaga beliau untuk menjadi pemain tenis wanita terbaik, dan selepas itu barulah beliau memulakan perniagaan fesyennya.

Jadi yang terbaik dalam suatu bidang, dan selepas itu bukalah cawangan bidang baru.

2. Mikro urus terhadap semua perkara

Sumber gambar: linkedin.com

Pengurusan mikro adalah masalah biasa bagi para profesional yang inginkan segala-galanya dilakukan mengikut cara mereka.

Mereka cenderung untuk mengarahkan kerja dan cuba untuk membaiki perkara-perkara yang sebenarnya boleh dilakukan dengan lebih mudah oleh orang lain.

Bahagian yang paling teruk mengenai pengurusan mikro adalah bahawa orang lain akan mula merasa diri mereka seolah ditindas atau diganggu.

Mereka akan merasakan diri mereka tidak dihargai kerana kerja mereka tidak dihormati.

Daripada mencari perincian bagi setiap perkara, cuba untuk memberi lebih tumpuan kepada matlamat utama.

Kurangkan mengarah untuk memberi peluang kepada yang lain untuk membuat keputusan mereka sendiri ke suatu tahap yang tertentu.

Apabila anda belajar untuk melepaskan beberapa perkara, anda akan mendapati bahawa anda boleh mencapai matlamat yang lebih penting bagi anda.

3. Tidak memberi peluang kepada diri anda untuk merasai masa lapang

Sumber gambar: lifehealthpro.com

Satu tanggapan salah yang biasa ialah bahawa orang yang berjaya perlu bekerja siang dan malam, tanpa henti.

Mereka tidak mempunyai masa untuk berseronok atau bermain. Tiada apa yang boleh jauh dari kebenaran.

Orang yang kreatif atau inovator memerlukan masa yang lapang untuk meneroka.

Dengan menggunakan masa tersebut untuk berehat, mereka boleh memikirkan halangan yang mereka hadapi dan melihatnya dari perspektif yang berbeza.

Hal ini boleh berlaku sama ada ketika anda sedang berseronok bersama rakan atau berehat selepas sesi brainstorming yang memenatkan.

Arianna Huffington sendiri ada berkata bahawa tidur adalah rahsia untuk kejayaan.

“Saya telah belajar, bertemu dengan doktor perubatan, saintis dan saya di sini kini untuk memberitahu anda bahawa cara untuk menjadi lebih produktif, lebih berinspirasi, lebih gembira dalam kehidupan adalah mendapatkan tidur yang cukup”.

Selalunya kita berfikir bahawa tiadanya masa untuk berehat adalah merupakan satu lencana kehormatan yang kita pakai dengan bangganya.

Sebaliknya, kita perlu berfikir untuk mendapatkan tidur yang lebih banyak untuk memproses semula tenaga dan menjadi lebih bahagia.

Gunakan usaha anda dengan bijak dan jangan lupa untuk berehat apabila anda merasakan bahawa anda telah mencapai hadnya atau tidak boleh berfikir dengan jelas.

 

Baca lagi: 4 Sebab Mengapa Atlit Perlu Mencukur Bulu Kaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *