Anak Panda Kelahiran Malaysia, Nuan Nuan ke China

KUALA LUMPUR: Nuan Nuan, anak panda besar kelahiran Malaysia akan ke China yang merupakan tempat asal ibu bapanya, pada bulan hadapan apabila ia berusia dua tahun.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata berpisah dengan Nuan Nuan adalah menyedihkan, tetapi menjaga ia di sini memerlukan kos yang tinggi, The Star melaporkan hari ini.

Sumber: xinhuanet

“Sedih untuk mengucapkan selamat tinggal, tetapi ini yang terbaik untuk Nuan Nuan.

“Jika kita masih mahu membela Nuan Nuan, kita perlu membesarkan  Pusat Konservasi Panda di Zoo Negara, di samping perbelanjaan tahunan yuran dan lain-lain sebanyak 600,000 US Dolar (RM 2.5 juta),” katanya sewaktu ke China selama lima hari untuk lawatan kerja.

Nuan Nuan dilahirkan daripada Xing Xing dan Lian Lian, sepasang panda gergasi yang tiba di Malaysia dua tahun lepas, dengan 10 tahun pinjaman daripada China.

Ibu bapa panda itu, sebelum ini dikenali sebagai Fu Wad an Feng Yi semasa di China, tiba di Malaysia pada 21 Mei 2014, dan akan tinggal di Malaysia selama 10 tahun sebagai simbolik ulangtahun ke 40 hubungan diplomatik Malaysia-China.

Liang Liang melahirkan Nuan Nuan di Pusat Konservasi Panda di Zoo Negara pada 18 Ogos tahun lepas.

Sumber: Giant Panda Global

Baca lagi: 5 Atlet Lelaki yang Popular di Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *