Anak Lelaki Paling Kaya di China Beli 8 Buah iPhone 7 Untuk Anjingnya

Seekor anjing bertuah di China baru sahaja memiliki sebuah iPhone, namun yang peliknya bukah satu tetapi 8 buah iPhone terbaru sekaligus memecahkan rekod anjing pertama memiliki iPhone 7 sebanyak itu.

Wang Sicong, anak lelaki  bilionair ejen hartanah di china iaitu Wang Jianlin telah memuat naik satu gambar yang menunjukkan seekor anjing miliknya iaitu Coco di lama web Weibo pada jumaat lalu bersama kesemua iPhone 7s yang baharu sahaja dimiliknya.

Anjing tersebut menunjukkan memiliki kesemua warna terbaharu termasuk rose gold dan juga matte black.

ads-body-soap

Yang paling kelakar ialah dia telah memuat naik status yang berbunyi ” saya tidak faham mengapa ada sahaja pos yang ingin menunjuk-nunjuk, apa relevannya? Jangan sampai saya pula yang membuatnya,” ujarnya di akaun miliknya.

005fwzjggw1f7vcrp5hvsj33402c01ky

Di China untuk 256 GB iPhone 7 memerlukan anda membayar sebanyak 7,988 yuan, ataupun ditukarkan kepada duit ringgit Malaysia adalah sebanyak RM 4,955.47, itu bermaksud Wang telah melaburkan duitnya sebanyak RM 39, 643.74 terhadap iPhone yang diberikan kepada anjingnya (walaupun tidak berapa pasti daripada gambar tersebut model apa yang dipilih Wang)

Ini bukan kali pertama Coco menerima hadiah mahal yang berlandaskan teknologi, Wang Sicong telah menjadi bualan pada tahun 2015 apabila dia memberikan Coco dua jam Apple bewarna emas. Yang mana setiap satu bernilai RM 49, 637.40.

Dikenali sebagai “anak lelaki paling kaya di China” ayah wang dianggarkan memiliki kekayaan bernilai $28.8 juta dan terus menjadikan dia antara 20 lelaki terkaya dunia.

Wang Jianlin merupakan ketua di Dalian Wanda Group – syarikat hartanah terbesar di China.

005fwzjggw1f7vcrvgnf3j33402c0b2a

Macam-macam orang kaya ni kalau dah berduit apa sahaja yang diingini pasti tertunai, sudah terlalu banyak duit sehingga anjing pun dihadiahkan hadiah yang amat bernilai.

Bukan sedikit dia borong iPhone ni sampai 8 Buah semata-mata untuk anjing kesayangan coconya.

Untuk itu, paling akhir kami ingin ucapkan terima kasih kepada pembaca Mensive kerana setia membaca setiap artikel kami di sini.

Jika ada sebarang komen mahupun perkongsian boleh komen di bawah.

Sekian, terima kasih.

BACA: 20 Gambar Awesome Datuk & Nenek Yang Boleh Buat Anda Gelak

Join us_New

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *