Ambil Remeh Cara Potong Kuku Sebabkan Kaki Ada Cagu dan Berbau

ingrown-toenail-surgery-stage1

Kaki bercagu bukan setakat sakit dan bengkak tetapi juga mengeluarkan bau yang tak menyenangkan. Tapi apa sebenarnya cagu ni dan macam mana ia boleh terjadi pada bahagian ibu jari kaki?

Menurut Dr. Ahmad Mahyuddin seorang pakar bedah ortopedik di Pahang cagu atau disesetengah tempat dipanggil cengkam adalah apabila kuku jari kita tumbuh di bahagian sisi dan menekan tisu di bahagian tepi jari tu. Jadi, bahagian tisu kuku tu akan merasa tekanan atau keradangan. Bila dah kena pada ibu jari, ia mudah dijangkiti kuman dan mengeluarkan nanah. Itu yang menyebabkan ia jadi busuk.

ads-perfume-with-azrel

Kenapa Ia Terjadi?

Mungkin kita tak sedar sebenarnya cara memotong kuku yang salah lah menjadi punca utama kenapa cagu tu boleh terjadi. Bukan itu sahaja, pemilihan dan cara pemakaian kasut juga boleh menyebabkan kaki kita bercagu.

Apa yang paling penting, pastikan cara pemotongan kuku adalah betul iaitu Apa yang paling penting ialah kita mengetahui cara-cara memotong kuku dengan betul iaitu hujung kuku kaki perlu dipotong secara lurus mulai daripada sisi kuku. Elakkan daripada memotong kuku secara menyerong pada bucu kuku kerana ini boleh menyebabkan cagu berlaku.

Sumber: Era.Fm

BACA: Cara Hilangkan Dagu Berlapis (Double Chin)

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *