9 Ahli Sukan Ini Mempunyai Amalan-amalan Karut Sebelum Beraksi

Tahukah anda terdapat beberapa ahli sukan terkenal dunia yang cukup percaya dengan amalan-amalan yang dilakukannya boleh membantu mereka mencipta kemenangan semasa perlawanan berlangsung?

Bagi kita, mungkin ia kedengaran tidak logik, tetapi tidak untuk ahli-ahli sukan ini. Oleh itu, kami telah menyenaraikan 9 ahli sukan terkenal dunia yang cukup popular dengan amalan-amalan karut mereka sebelum dan semasa perlawanan berlangsung.

ahli sukan

Kredit foto: foxsports.com

Tiger Woods

Beliau sentiasa mengamalkan memakai baju merah setiap hari Ahad sewaktu dalam pertandingan. Bagi Tiger Woods, beliau percaya bahawa baju merah yang dipakainya akan membantunya mendapatkan kemenangan dalam setiap pertandingan yang disertai.

ahli sukan

Kredit foto: abcmentor.com

Michael Jordan

Bintang hebat bola keranjang suatu ketika dahulu ini mempunyai sepasang seluar pendek bertuah yang sering dipakainya semasa latihan sewaktu mewakili universitinya. Seluar pendek itu dikatakan membantu MJ bermain dengan cemerlang. Disebabkan seluar pendek ini juga, MJ telah mereka seluar pendek bola keranjang yang ‘baggy’ berbanding sebelum ini dan akhirnya menjadi ikutan dalam NBA.

ahli sukan

Kredit foto: rolexmagazine.com

Bjorn Borg

Bintang tennis terkenal era 70an ni mempunyai satu amalan di mana beliau akan menyimpan jambang setiap kali menyertai pertandingan Tenis Wimbledon. Pada tahun itu, orang ramai menyangkakan Bjorn Borg hanya mengikuti peredaran fesyen, tetapi amalan beliau ini dikatakan membantu beliau menang Tenis Wimbledon ini 5 tahun berturut-turut.

Baca lagi: Rambut 5 Pemain Bola Sepak Ini Masih Kekal Bentuknya Walaupun Selepas 90 Minit Beraksi

ads-pomade_updated

ahli sukan

Kredit foto: forcelebrities.com

Cristiano Ronaldo

Bintang bola sepak Real Madrid ini juga mempunyai amalan yang dikatakan membantunya bermain dengan baik. Jika Ronaldo menaiki kapal terbang untuk ke tempat perlawanan, beliau akan pastikan beliau adalah orang pertama yang akan turun dari kapal terbang.

Jika beliau menaiki bas ke tempat perlawanan, Ronaldo akan duduk di belakang sekali dan juga menjadi orang terakhir yang keluar dari bas. Apabila memasuki padang, dia akan melangkah dengan kaki kanan dahulu. Selain itu, setiap kali waktu rehat sebelum memulakan separuh masa kedua, Ronaldo akan mengubah gaya rambutnya dan berbeza dengan gaya pada separuh masa pertama.

ahli sukan

Kredit foto: tarafdari.com

Bobby Moore

Lagenda bola sepak yang telah memenangi Piala Dunia untuk England pada tahun 1966 juga adalah antara ahli sukan yang ada amalan karutnya tersendiri. Di bilik persalinan, Moore tidak akan memakai seluarnya sebelum permainan selagi mana pemain-pemain lain belum selesai berpakaian lengkap.

ahli sukan

Kredit foto: theodysseyonline.com

Serena Williams

Pemain tenis yang berada di ranking kedua dunia ini turut mempunyai amalan yang membantunya menampilkan prestasi terbaik semasa perlawanan. Serena akan sentiasa membawa selipar mandinya ke gelanggang di samping mempunyai cara ikatan kasut yang cukup spesifik untuk setiap perlawanannya.

Semasa bermain, untuk serve yang pertama, Serena akan melantunkan bola tenis sebanyak 5 kali sebelum membuat pukulan dan dua kali latunan untuk serve kedua. Selain itu, apabila Serena telah memenangi perlawanan secara berterusan, beliau akan memakai stokin yang sama untuk setiap perlawanan untuk mengekalkan rentak kemenangannya – tetapi, stokin itu tidak boleh dibasuh. Eeuuww!

ads-beard-oil

ahli sukan

Kredit foto: skysports.com

John Terry

Pemain pertahanan untuk pasukan Chelsea ini mempunyai satu amalan di mana sebelum perlawanan, beliau hanya akan menggunakan mangkuk tandas yang sama untuk membuang air kecil. Jika mangkuk tandas itu sedang digunakan, Terry akan menunggu walaupun mangkuk tandas yang lain tidak digunakan oleh sesiapa di dalam bilik persalinan pasukan Chelsea.

ahli sukan

Kredit foto: skysports.com

Stefan Ratchford

Pemain ragbi ini mempunyai amalan di mana pada hari-hari perlawanan, beliau akan bangun pada waktu yang sama, pakai pakaian yang sama, makan makanan yang sama dan membuat semua perkara mengikut turutan yang sama.

Ratchford yang bermain untuk kelab Warrington ini juga mempunyai amalan di mana 5 minit sebelum memanaskan badan, beliau perlukan orang yang sama untuk memberikan gula-gula getah kepadanya.

ahli sukan

Kredit foto: sportskeeda.com

Rafael Nadal

Pemain tenis yang diberi gelaran sebagai ‘King of Clay’ ini mempunyai senarai amalan karut yang cukup banyak. Antara amalan yang sering dilakukan oleh Nadal ialah; melangkah garisan gelanggang dengan kaki kanan, datang ke gelanggang dengan sebelah tangan memegang raket, makan energy gels miliknya dengan cara yang spesifik, melompat semasa lambungan syiling dibuat dan membariskan botol-botol minumannya dengan memastikan label setiap botol menghadap arah yang sama.

Nadal mengatakan ini bukanlah amalan karut, tetapi ia dibuat bertujuan untuk memastikan beliau boleh fokus semasa perlawanan.

Wow, boleh tahan juga amalan karut yang dibuat oleh ahli-ahli sukan ini semata-mata untuk bermain dengan baik dalam perlawanan mereka kan? Namun begitu, bagi kami, amalan-amalan seperti ini sedikit pun tidak membantu, semuanya akan bergantung kepada usaha dan juga fokus yang diberikan semasa perlawanan berlangsung.

Tetapi, nak buat macam mana kan, mereka telah menanam kepercayaan untuk melakukan perkara-perkara sedemikian rupa setiap kali sebelum dan semasa perlawanan. Anda pula bagaimana? Adakah anda ada pendapat dan pandangan sendiri tentang perkara ini? Sila tinggalkan pendapat anda di ruangan komen ya.

Sumber: Mental Floss

Baca lagi: 12 Pemain Bola Sepak Yang Mempunyai Jambang Yang ‘Super Cool’

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *