Aksesori Bergaya Lelaki Urban, Matang dan Profesional

BlackLapel

Tidak dinafikan aksesori yang baik akan menambah gaya kepada seorang lelaki. Apatah lagi jika dipakai dengan cara yang betul. Tidak sekadar gaya, aksesori juga punya fungsi yang tidak kurang pentingnya. Untuk artikel ini, saya akan berkongsi 3 aksesori penting.

Suspenderstore

1. Suspenders

Suspenders dipakai sebagai alternatif kepada tali pinggang. Ini sangat sesuai terutamanya kepada lelaki plus size. Apabila memakai tali pinggang kebiasaannya seluar akan mudah melurut ke bawah. Terutamanya apabila selalu ada gerakan duduk bangun dan berjalan.

Suspenders berfungsi menggantung seluar pada paras yang betul. Ini memberikan keselesaan optima dan memastikan seluar tidak akan melurut. Jadi boleh melangkah dengan yakin dan bergaya.  Selain itu suspenders juga memberikan ilusi membahagikan badan kepada 3 bahagian. Ini boleh memberikan gambaran badan sedikit kecil kepada lelaki plus size.

Collaterals

2. Cufflinks

Jika kita tonton filem seperti James Bond ataupun series seperti Suits dan West Wing, kita pasti melihat watak-wataknya mengenakan cufflinks di kemeja. Dan lihat sahaja secara automatik mereka lebih bergaya, yakin dan berketrampilan. Cufflinks bukan sebagai sahaja sebagai alternatif kepada butang, tetapi sudah jadi status gaya seorang lelaki.

Cufflinks dipakai bersama kemeja yang mempunya tangan yang sesuai. Potongan Cuffs pada tangan memmpunyai lubang dan bahagian ini ada lebihan kain yang dilipat dua mejadikannya lebih tebal. Ketebalan ini menjadikan baju yang mempunya lubang cuffs lebih kemas dan berstruktur.

Ada banyak jenis cufflinks yang boleh dipilih. Antara yang popular ialah dari jenis besi berbatu, ikatan kain sutera dan besi berfabrik. Cufflinks yang diperbuat dari besi dan dipadankan dengan batu berwarna adalah yang paling popular.

Google

3. Tie Bar

Tie bar juga dikenali sebagai tie pin adalah aksesori untuk mengemaskan kedudukan tali leher pada baju. Ia disematkan pada tali leher bersama bahagian placket pada baju kemeja. Kedudukan tie bar yang betul adalah di tengah-tengah bahagian poket.

Pemakaian tie bar ini juga ada maksud tertentu. Jika tie bar dipakai tinggi separas poket, pemakai memberikan isyarat bahawa dia mahu dihormati dan dilayan secara profesional. Jika dipakai rendah pada hujung bawah poket, dia memberikan isyarat santai dan boleh berbual seperti kawan.

Pilih aksesori yang baik dan sesuai. Ia melambangkan siapa kita dan bagaimana kita mahu dilayan.

Selamat bergaya!

Baca : 5 Cara Melipat Lengan Baju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.