Akhirnya Whatsapp Boleh Buat Panggilan Video

whatsapp-nad

Akhirnya Whatsapp bakal memperkenalkan aplikasi panggilan video yang menuntut ramai permintaan.

Aplikasi chat itu nanti merangkumi satu aplikasi yang membolehkan pengguna membuat panggilan video termasuk pesanan ringkas dan juga pesanan suara yang memang sedia ada.

Di dalam aplikasi itu nanti, anda dapat lihat untuk membuat panggilan video, butang tersebut akan diselaraskan bersama dengan butang membuat pesanan dan juga pesanan suara.

ads-hair-tonic

Namun begitu buat sementara waktu, aplikasi itu tidak dapat menampung panggilan secara berkumpulan oleh yang demikian pengguna boleh kekal dengan Skype dan juga aplikasi lain.

Di dalam kenyataan yang diberikan Whatsapp yang menerima jumlah pengguna yang ramai memberitahu sebab mengapa mereka lambat memperkenalkan aplikasi panggilan video kerana memikirkan pengguna yang menggunakan telefon lama dan yang memiliki sumber internet yang limited.

“Kami ingin semua pengguna merasa perkara yang sama bukan sahaja untuk mereka yang memiliki telefon yang canggih dan berada di negara yang mempunyai bekalan internet yang laju,” ujarnya di dalam blog tempoh hari.

whatsapp-calling

Aplikasi Whatsapp itu diperuntukkan khusus untuk negara yang bergantung penuh pada laman sosial Facebook sebagai platform berkomunikasi seperti di India dan Brazil.

Selepas ini boleh lah anda cuba aplikasi panggilan video di Whatsapp nanti, sudah mudah untuk berkomunikasi zaman sekarang ini. Komen di bawah.

Sumber: Mashable

BACA: 5 Penjara Paling Ganas Di Dunia

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.