Akhirnya Jackie Chan Terima Anugerah Oscar Pertama

 

Ianya adalah perkara yang panjang dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk diiktiraf di majlis anugerah berprestij seperti Oscar. Itulah yang terjadi kepada pelakon kegemaran ramai, Jackie Chan yang baru sahaja memenangi anugerahnya yang pertama.

Selepas hampir 52 tahun berjuang dan bekerja tidak kenal erti penat dan hampir 200 filem yang dibintanginya jasa dan bakatnya di dalam seni mempertahankan diri yang juga pelakon Hong Kong terkemuka menerima augerah Honorary Oscar di majlis makan malam Governors Ball Sabtu lalu.

ads-beard-oil

Anugerah tersebut untuk memberitah akademi tersebut tentang jasa yang telah dilakukan seseoran artis terhadap industri perfileman Hollywood yang mengenegahkan 2 genre iaitu komedi aksi dan seni mempertahankan diri yang mana jarang sekali diberi pengiktirafan.

academymotionpictureartssciences8thannual7uiwwxop4cdx

Zimbio

Menerima anugerah tersebut merupakan impian yang jadi kenyataan pada ‘Chan’ kerana pada 23 tahun yang lalu beliau telah pergi ke rumah Sylvester Stallone’s dan mencium sendiri oscar tersebut.

“Saya beritahu pada diri saya sendiri yang saya juga mahukan satu, setelah berlakon hampir 200 filem dan berkecimpung di dalam bidang ini selama 52 tahun dan hampir sahaja tulang saya patah kerana melakukan aksi stunt, akhirnya oscar ini milik saya dan saya boleh beritahu pada orang lain saya mempunyai satu,” ujarnya.

Rakan seperjuangan Chan di dalam filem Rush Hour Chris Tucker telah memperkenalkan diri sebelum memanggil Chan untuk menerima anugerah itu ke atas pentas.

“Bekerja dengan seorang lagenda hidup merupakan kenangan paling indah di dalam hidup saya, saya sendiri setiap hari semasa penggambaran tidak sabar untuk ke set untuk bekerja dengannya,” ujar Chris Tucker.

“Ia adalah satu penghargaan dapat bekerja dengan anda kerana anda ramai orang di luar sana menjadi kaya,” ujarnya lagi.

Jackie Chan turut menerima ucapan tahniah dari rakan artis seperti Arnold Schwarzenegger dan juga Lupita Nyongo.

Sumber: Mashable

BACA: Hampir 300,000 Rakyat Kelantan Hidapi Masalah Mental

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *