AirAsia Dinobat Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia Kali Ke-4

Buat kali keempatnya, syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia berjaya merangkul anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia ketika majlis anugerah World Travel Awards (Asia dan Australia) yang bertempat di Da Nang, Vietnam pada Sabtu lalu.

AirAsia Dinobat Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia Kali Ke-4

                                                                                    DestinAsian

Dalam majlis yang sama buat julung kalinya AirAsia turut berjaya merangkul Anugerah Perkhidmatan Dalam Penerbangan Utama di Asia dan mengenepikan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh yang lain.


ads-pomade_updated

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes berkata, pengiktirafan yang diterima ini merupakan satu penghormatan yang besar bagi syarikat penerbangan tambang rendah itu dan anugerah tersebut membuktikan AirAsia adalah syarikat penerbangan tambang rendah yang terbaik di rantau ini.

“Pada masa sama, saya juga amat berbangga kerana AirAsia telah memenangi buat pertama kalinya Anugerah Per­khidmatan Dalam Pener­bangan Utama Asia selepas tahun lalu kami menempa sejarah dengan menjadi syarikat penerbangan tambang rendah pertama yang dianuge­rahkan Anugerah Krew Kabin Terkemuka Asia,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia.

Beliau turut mengatakan bahawa kejayaan meraih anugerah ini akan mendorong AirAsia untuk terus menyediakan perkhidmatan yang terbaik sama ada bagi penerbangan tambang rendah mahupun penerbangan perkhidmatan penuh.

Dalam masa yang sama, AirAsia turut mengumumkan percalonannya dalam enam kategori di Anugerah World Travel Awards yang akan berlangsung pada Disember ini di Maldives.

Antara kategori yang AirAsia dicalonkan adalah, Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Utama Dunia, Perkhidmatan Dalam Penerbangan Terkemuka Dunia, Krew Kabin Terkemuka Dunia, Laman Web Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Utama Dunia, Apli­kasi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Utama Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Cekap Dunia.

Sumber: Utusan Malaysia

BACA: Tahukah Anda, Hampir 50,000 warga Asing Telah Diberi Kerakyatan Di Malaysia?

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.