Air Asia X Diberi Izin Terbang ke US

Kredit : NST

 

 

Air Asia X akan menjadi penerbangan tambang murah pertama yang menawarkan penerbangan terus ke United States (US). Menurut Air Asia, perancangan ini telah dibuat sejak Februari 2015.

Semalam secara rasminya, Air Asia X telah mendapat kelulusan dari Federal Aviation Authority (FAA) untuk memberikan servis penerbangan ke semua destinasi di US termasuk Hawaii.

 

Kredit : Flight Chic

 

Usaha ini merupakan peluang keemasan bagi Air Asia untuk menembusi pasaran US. Tawaran ini sangat bagus untuk perkembangan syarikat itu sendiri.

Air Asia X menjadikan Kuala Lumpur sebagai satu-satunya perhentian, selain kemudahan hab transit lain di Thailand dan juga Indonesia.

Keputusan Air Asia X ini disambut baik dari semua netizen. Masakan tidak, Air Asia X kini menjadi penerbangan tambang murah pertama di Asia yang menawarkan penerbangan terus ke US.

Tawaran ini bertepatan dengan tagline Air Asia iaitu, Now Everyone Can Fly!

Baca Lagi: Patung Buddha Berusia 600 Tahun Muncul Dari Empangan Yang Surut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.