Air Asia: Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia 8 Tahun Berturut-turut

Semasa awal kewujudan Air Asia, ramai yang begitu yakin bahawa syarikat penerbangan mentah ini akan kecundang awal. Dek kerana menanggung hutang sebanyak RM40 juta semasa penubuhannya, ia menguatkan lagi sangkaan orang ramai bahawa syarikat ini akan ‘bungkus’ awal.

Tetapi, sejak tahun 2001, Air Asia terus mengorak langkah dengan cemerlang sebagai syarikat penerbangan tambang murah. Dengan dipimpin oleh seorang pemimpin yang berkaliber dan berdedikasi tinggi iaitu Tan Sri Tony Fernandes, Air Asia dijangka akan terus berkembang dengan baik dan cemerlang.

Kredit: www.airlinequality.com

Ini dapat dibuktikan apabila baru-baru ini, Air Asia telah berjaya memenangi Anugerah Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia di majlis 2016 Skytrax World Airline Awards yang telah berlangsung di England.

Untuk makluman, ini adalah kali ke 8 Air Asia memenangi anugerah ini. Bermula dari tahun 2008, anugerah ini kekal menjadi milik Air Asia sehingga tahun 2015. Tan Sri Tony Fernandes turut menyatakan rasa terkejutnya dengan kejayaan ini. Katanya, tidak ada syarikat penerbangan lain di seluruh dunia yang pernah memenangi anugerah ini sebanyak 8 kali berturut-turut seperti Air Asia.

Beliau menyatakan bahawa kejayaan ini dapat dimiliki hasil usaha para pekerja Air Asia yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk para pelanggan. Tanpa para pekerjanya, Tan Sri Tony Fernandes berkata Air Asia tidak mungkin boleh mendapat anugerah ini.

Kredit: www.themalaymailonline.com

Sebagai majikan, adalah penting untuk menjaga kebajikan para pekerja kerana mereka inilah sebenarnya nadi yang menggerakkan syarikat dengan baik dan cemerlang. Walau sehebat mana seorang majikan itu, dia tidak mampu bergerak jauh atau berkembang dengan baik andainya tiada orang yang membantu.

Atas sebab inilah, Tan Sri Tony Fernandes sering menekankan tentang kebajikan para pekerjanya supaya mereka boleh berikan yang terbaik agar nama Air Asia terus gah di persada dunia dan kekal sebagai syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia sampai bila-bila.

Tahniah Air Asia!

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *