Adakah Perlu Menunjukkan Baju Dalam Anda?

 

should-your-undershirt-show-tall

Setiap kali anda melihat lelaki berpakaian kemeja jarang, pasti anda dapat melihat baju dalam putih yang seringkali dipakainya dengan jelas.

Adakah anda merasakan ianya perlu ditayangkan?

Memang ramai yang tidak tahu yang di zaman 20-an mereka tidak memakai tshirt sebagai pakaian utama mereka, mereka menjadikan tshirt itu sebagai pakaian dalam sahaja.

Lama-kelamaan tshirt menjadi viral setelah dipopularkan selebriti Hollywood.

Anda boleh ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut adakah perlu anda menunjukkan tshirt dalam anda kepada umum?

ads-gent-grooming

1. Tshirt yang dipakai di dalam akan memberikan impak negatif apabila terlihat di luar

Pilih tshirt v-neck jika anda bercadang untuk memakainya di dalam kemeja. Ini kerana jika anda memilih v-neck, kemudian anda membuka butang di atas tshirt di dalam itu tidak akan kelihatan.

Elak memilih tshirt jenis round neck atau crew neck! Ini kerana jika anda membuka butang sedikit di atas, tshirt itu akan kelihatan seperti di dalam gambar.

style-sins-n2-fb-768x644

Real Men Real Style

2. Size Tshirt yang berpadanan dengan saiz badan

Pernah juga penulis lihat lelaki yang memakai kemeja di luar dan di dalamnya tshirt putih yang besar, memang kelihatan tidak elok apabila kelihatan.

Untuk itu, elakkan memakai tshirt yang melebihi saiz badan anda. Bukan sahaja anda tidak selesa malahan ianya akan kelihatan besar di bahagian ketiak.

bjorn-borg-t-shirt-white-with-v-neck-_postmeunderwear_0001118

www.keoneulaes.org

3. Pilih warna tshirt mengikut warna kulit

Jika anda tidak tahu apabila anda memakai tshirt dalam yang bewarna terang, ianya akan kelihatan lebih menyerlah berbanding kemeja yang anda gayakan.

Untuk mengelakkan situasi ini berlaku, pilih tshirt yang sama warna dengan kulit anda.

Jangan pula tunggu tshirt anda bertukar menjadi kuning baru nak tukar.

river-island-turquoise-turquoise-block-colour-print-t-shirt-blue-product-1-892801383-normal

Lyst

Adakah perlu anda memakai tshirt dalam ini setiap masa?

Jawapannya adalah tidak, kerana tshirt dalam dan tshirt adalah pakaian yang sama, jangan memilih fabrik yang tebal sebagai ganti.

Komen di bawah jika anda ada sebarang perkongsian!

Sumber: Real Men Real Style

BACA: [ INSPIRASI FESYEN] 9 TIPS BERGAYA UNTUK SI LELAKI!

Join us_New

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *