Adab Ketika Melakukan Sesuatu Kerja Secara Berkumpulan

Tentu ramai yang pernah merasakan pengalaman bekerja sebagai satu kumpulan bukan? Bukan sahaja ketika di sekolah malah ketika kita sudah bekerja pun, pekerjaan secara berkumpulan ini adalah tidak dapat untuk dielakkan. Mahu tidak mahu kita tetap perlu untuk menempuhnya.

Namun begitu anda mungkin pernah merasai bagaimana jika ahli kumpulan itu mula melepaskan tanggungjawab masing-masing. Sebagai contoh ada juga kemungkinan mereka ini sukar untuk dihubungi jika di luar waktu kerja.

Jadi jom kita pelajari apakah adab-adab yang perlu kita ikuti jika kita ingin bekerja sebagai satu kumpulan.

Gambar hiasan: Secondary Geography

1. Sama-sama berkongsi idea dan tugas

Dah namanya pun kerja secara berkumpulan jadi masing-masing haruslah peka kepada tanggungjawab mereka. Jangan pula dengan secara sengaja melepaskan tanggungjawab masing-masing. Jangan sampai orang yang tidak membuat kerja pun turut sama mendapat pengiktirafan dengan yang betul-betul buat kerja.

Gambar hiasan: TES

2. Menjaga perasaan ahli kumpulan

Mulut kita juga kalau bekerja secara berkumpulan ini haruslah dijaga agar tidak memudaratkan mereka yang bekerjasama dengan kita. Bila bercakap pun janganlah kita terlalu mengikut perasaan sehingga kita mengguris perasaan mereka yang lain pula. Jagalah hati ahli kumpulan kerana mereka pun ada perasaan juga.

Gambar hiasan: UNIPI

3. Sediakan jadual pekerjaan

Menyediakan jadual pekerjaan ini adalah amat perlu terutamanya jika kita bekerja sebagai satu kumpulan. Bukan mudah untuk anda “keep track” hasil kerja ahli kumpulan anda jadi dengan menyediakan jadual maka ia akan lebih mudah untuk anda membuat pemerhatian mengenai progres pekerjaan ahli kumpulan anda.

Gambar hiasan: Flickr

4. Sering berkomunikasi

Seperti yang kita bincangkan tadi, ramai juga ketua projek yang sering membuat aduan tentang ahli kumpulan mereka yang seringkali sukar untuk dihubungi. Sebagai ahli kumpulan kita perlu peka kepada tanggungjawab kita dan sentiasa bersedia. Oleh tu pastikan telefon anda sentiasa on jika ada apa-apa perkara berlaku.

Diharap tip-tip di atas mampu untuk membantu anda untuk menjadi ahli kumpulan yang lebih baik serta menjadikan kerjasama anda bersama rakan yang lain lebih produktif dan menemui kejayaan di penghujungnya.

Baca lagi: 5 Perkara Anda Harus Ada Jika Ingin Menjadi Artis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *