5 Saat-Saat Terbaik Dalam Sukan Bola Sepak Pada Tahun 2016 Yang Patut Anda Ingati

Kita baru sahaja melangkah masuk ke tahun 2017 dan meninggalkan tahun 2016 dengan meninggalkan pelbagai kenangan sama ada manis ataupun pahit. Dalam sukan bola sepak dunia, turut tidak terkecuali meninggalkan memori yang diingati oleh para pemain dan juga para peminat. Oleh itu, pada hari ini kami ingin berkongsi dengan anda 5 saat-saat terbaik dalam sukan bola sepak yang patut diingati dalam tahun 2016.

 saat-saat terbaik dalam sukan bola sepak

Kredit foto: Daily Mail

Leceister City Memenangi English Premier League

Pada awal musim 2015/2016, Leceister City langsung tidak diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk memenangi English Premier League. Namun begitu, City menunjukkan permulaan positif apabila memenangi 5 perlawanan yang pertama. Pasukan yang diberi nama gelaran The Foxes ini dikatakan mampu memenangi EPL adalah kerana kehadiran pemain-pemain berkaliber seperti Jamie Vardi, Riyad Mahrez dan juga N’Golo Kante di samping kekuatan pasukan ini dari segi memiliki semangat berpasukan yang sangat tinggi.

Kredit foto: Toronto Star

Portugal Memenangi Euro 2016

Portugal langsung tidak diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk memenangi Euro 2016. Pengkritik-pengkritik bola sepak meletakkan sama ada Perancis ataupun Jerman yang akan memenangi Euro kali ini. Bintang Real Madrid iaitu Cristiano Ronaldo juga didapati kurang menyerlah dalam edisi kali ini. Namun begitu, semuanya berubah apabila Portugal mula melangkah ke pusingan 16 pasukan.

Mereka mula menunjukkan kesungguhan yang meyakinkan dalam membuktikan bahawa Portugal layak memenangi Euro 2016. Eder, pemain yang langsung tidak diberikan perhatian sepanjang Euro 2016, akhirnya menjadi wira Portugal apabila menjaringkan gol kemenangan semasa menewaskan Perancis dan seterusnya membantu Portugal merangkul piala Euro 2016.

Baca lagi: Rambut 5 Pemain Bola Sepak Ini Kekal Bentuknya Walaupun Selepas 90 Minit Beraksi

Kredit foto: Mirror

Hibernian Memanangi Piala Scottish Selepas 114 Tahun

Akhirnya, selepas 114 tahun menunggu, buat pertama kalinya, Hibernian berjaya memenangi Piala Scottish yang mereka idamkan. Kali terakhir mereka memenangi piala ini ialah pada tahun 1902. Dalam final, mereka ditakdirkan bertemu dengan pasukan elit iaitu Rangers. Perlawanan final berlangsung dalam keadaan dramatik apabila kedua-dua pasukan saling berbalas gol tetapi diakhirnya, Hibernian berjaya mengalahkan Rangers 3-2 dan seterusnya menjadi juara Piala Scottish selepas 114 tahun.

Kredit foto: Euro Fantasy League

Iceland Pasukan Paling Menyerlah Dalam Euro 2016

Walaupun Portugal yang memenangi Euro 2016, tetapi dalam pertandingan kali, pasukan yang paling menyerlah dengan prestasi yang memberangsangkan ialah pasukan Iceland. Iceland adalah pasukan kerdil dengan populasi penduduk hanya 300,000 orang tetap mampu memberi cabaran sengit kepada pasukan-pasukan yang lain. Dalam peringkat kumpulan, Iceland berjaya seri ketika bertemu Portugal dan Hungary tetapi menang ke atas Austria lalu melayakkan mereka ke Round of 16.

Dalam Round of 16, Iceland berjaya mengalahkan England. Walaupun England mendahului, Iceland berjaya bangkit semula dan menundukkan England dengan keputusan 2-1. Namun begitu, mereka tewas 5-2 kepada Perancis dalam pusingan suku akhir. Walaubagaimanapun, semangat juang yang dipamerkan oleh Iceland adalah sesuatu yang patut dicontohi oleh mana-mana pasukan dalam dunia ini.

Kredit foto: Eurosport

Real Madrid Bergelar Juara Champions League Buat Kali Ke-11

Pada ketika Zinedine Zidane mengambil tugas sebagai pengurus Real Madrid, ramai tidak percaya bekas bintang Perancis dan Juventus ini mampu membuat tugas dengan baik. Namun begitu, Zidane berjaya menyangkal semua keraguan yang diberikan kepadanya apabila berjaya membawa Real Madrid ke pusingan akhir Champions League untuk bertemu dengan Atletico Madrid.

Walaubagaimanapun, Real tidak diberi jalan mudah oleh Atletico apabila mereka dipaksa untuk bermain sehingga ke penentuan penentuan sepakan penalti di mana Cristiano Ronaldo menjaringkan penalti yang seterusnya menobatkan Real Madrid sebagai juara Champions League buat kali ke-11.

Adakah anda rasa ada saat-saat terbaik yang lain yang berlaku dalam dunia bola sepak pada tahun 2016? Jika ada, jangan ragu-ragu untuk tinggalkan pendapat anda dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: 5 Pemain Bola Sepak Bertaraf Bintang Yang Kini Hidup Bermasalah Selepas Bersara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *