9 Sebab Mengapa Lelaki Mesti Boleh Memasak

Ada yang menganggap tugas memasak adalah tugas wanita. Lelaki hanya perlu tunggu masa untuk makanan itu siap lalu dihabiskan dengan rakusnya. Sebenarnya, ini adalah satu tanggapan yang salah. Sepatutnya lelaki juga mesti boleh memasak sama seperti wanita. Jom kita tengok 9 sebab mengapa lelaki mesti boleh memasak.

1. Seksi

1

Satu kajian di Australia mendapati wanita melihat lelaki yang boleh memasak dan beraksi di dapur adalah seksi.

 

2. Boleh dapat ‘six-pack’

2

Kenapa dengan pandai memasak lelaki boleh dapat badan idaman iaitu ‘six-pack’? Ini kerana kita boleh pilih jenis-jenis masakan yang akan membantu kita menghasilkan badan ‘six-pack’.

 

3. Berjimat

3

Dengan pandai memasak, kaum lelaki boleh menjimatkan perbelanjaan di mana mereka tidak terlalu kerap makan di luar pada kos yang lebih tinggi berbanding masak sendiri.

 

4. ‘Survivor’ skil

4

Tahukan anda dengan pandai memasak anda sebenarnya sudah memiliki salah satu daripada ‘survivor’ skil. Selepas ini, anda, sebagai lelaki tidak perlu lagi bergantung kepada wanita semata-mata untuk makan kerana anda sudah pandai memasak.

 

5. Menghargai masakan orang lain

5

Dengan merasai sendiri kesukaran menyiapkan sesuatu masakan, anda akan lebih menghargai seseorang yang memasak untuk anda.

 

6. Lambang cinta dan sayang

6

Pernah ke anda masak untuk ibu anda? Bapa anda? Ataupun isteri anda? Belajarlah memasak kerana ini juga salah satu cara untuk menunjukkan anda menyayangi dan mencintai insan-insan yang penting dalam hidup anda ini.

 

7. Sebenarnya, lelaki lagi pandai memasak

7

Tak percaya? Anda boleh lihat chef-chef terkenal dunia, majoritinya adalah lelaki. Jadi, bila anda pandai memasak, takkan tak rasa bangga kan?

 

8. Cuti untuk ibu atau isteri

8

Sekali-sekala bagilah peluang kepada ibu atau isteri anda untuk berehat daripada memasak. Tawarkan kepada mereka bahawa anda akan memasak untuk mereka dan biarkan mereka berehat sepuas-puasnya.

 

9. Menghilangkan stres

9

Memasak membantu anda menghilangkan tekanan. Malah, di dalam ‘Wall Street Journal’ pernah menyatakan bahawa kini sudah menjadi trend menggunakan kelas memasak untuk orang-orang yang ada masalah ‘mental disorder’.

 

*sumber gambar dari Google

 

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *