9 Perkara Yang Boleh Buat Lelaki Menangis

Lelaki menangis? Mesti ramai yang kata, “Tak macho lah lelaki menangis weh.” Tapi, lelaki manusia juga, ada hati dan perasaan. Maka, pasti ada perkara-perkara yang boleh buat si lelaki menangis dan seterusnya tidak nampak macho. Tapi lelaki menangis bukan kerana sebarangan sebab, ia pasti sesuatu yang benar-benar menyentuh perasaan mereka. Jom baca 9 perkara yang boleh buat lelaki menangis.

1. Kematian orang tersayang

1

Contohnya seperti kematian ibu bapa atau isteri ataupun anak-anak. Adalah menjadi satu kebiasaan jika lelaki menangis kerana kematian orang-orang tersayang.

 

2. Kematian haiwan peliharaan

2

Andainya si lelaki yang hidup bersama haiwan peliharaannya sejak dari kecil, dan bila haiwan itu mati, pasti ia akan menyedihkan lelaki tersebut. Memori yang dibina bersama haiwan tersebut pasti diingati dan seterusnya membuat si lelaki menangis.

 

3. Melihat orang kesayangan hidup menderita

3

Si lelaki juga tidak dapat menampung air mata andainya orang kesayangan hidup menderita. Contohnya seperti melihat ibu sedang menderita penyakit kanser yang memerlukannya melakukan kimoterapi yang menyakitkan itu. Ini pasti menyentuh hati dan perasaan si lelaki.

 

4. Mengecewakan orang tersayang

4

Si lelaki apabila sudah tersalah langkah lalu menyebabkan insan-insan yang mereka sayangi kecewa, akan menyebabkan mereka mudah tersentuh hati dan menangis. Ini kerana, perasaan bersalah sangat kuat dalam diri akibat mengecewakan orang-orang yang disayangi.

 

5. Ditinggalkan kekasih

5

Apabila si lelaki ditinggalkan kekasih kerana mengikut lelaki lain, ini akan menjatuhkan harga dirinya dan egonya. Tambah-tambah pula jika kekasih itu sangat-sangat disayangi dan dicintai olehnya.

pomade

6. Pasukan kegemaran tewas

6

Jika anda biasalah lihat sukan bola sepak English Premier League, anda boleh lihat ramai lelaki menangis jika pasukan kegemarannya tewas. Terutama sekali jika pasukan itu tewas dalam merebut takhta atau tersingkir dari liga.

 

7. Membanggakan ibu dan bapa

7

Apabila si lelaki ini berjaya melakukan sesuatu yang membanggakan ibu dan bapa mereka, pasti air mata mereka akan mengalir. Ini kerana mereka merasai setiap kesusahan dan keperitan ibu bapa membesarkan mereka akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan.

 

8. Di majlis pernikahan

8

Lelaki juga akan menitiskan air mata di majlis pernikahannya. Di sebalik kegembiraan sudah bergelar suami, air mata yang mengalir juga lambang kekukuhan cinta sejatinya dan juga sebagai tanda tiba masa untuk si lelaki memegang tanggungjawab yang lebih besar sebagai suami.

 

9. Anak pertama

9

Di saat si lelaki mendapat anak pertamanya, pastinya dia akan menitiskan air mata kerana mengenangkan pengorbanan isterinya yang bersusah payah melahirkan anaknya dan juga kerana menerima hadiah yang sangat istimewa daripada Yang Maha Esa

 

*sumber gambar dari Google

 

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *