9 Pemain Bola Sepak Ini Tidak Pernah Menerima Kad Merah Sepanjang Karier Mereka

Baru-baru ini, di dalam Facebook, kami ternampak satu gambar yang menarik perhatian kami. Gambar itu ialah gambar pemain bola sepak Jerman iaitu Phillip Lahm di mana pada gambar tersebut dinyatakan bahawa selama 16 tahun berkecimpung dalam sukan bola sepak profesional, beliau sekali pun tidak pernah mendapat kad merah.

Maka, atas sebab itulah kami berminat untuk mengenalpasti lebih ramai pemain atau bekas pemain bola sepak yang tak pernah mendapat satu pun kad merah sepanjang karier mereka. Jadi di sini, kami telah senaraikan 9 pemain bola sepak yang tidak pernah mendapat kad merah sepanjang penglibatan mereka dalam sukan ini.

pemain bola sepak

Kredit foto: juvefc.com

#1. Alessandro Del Piero

Sepanjang dua dekad lebih beraksi dalam sukan ini, Del Piero sudah mengecapi banyak kejayaan yang cemerlang. Beliau juga adalah antara pemain dalam skuad Itali yang berjaya menjulang Piala Dunia 2006 di Jerman.

Beliau seorang yang mahir dalam membuat clean tackles di samping mempunyai mental dan hati yang tenang yang menyebabkan beliau tidak pernah dilayangkan kad merah. Beliau kini sudah berusia 41 tahun dan kelab terakhir beliau bersama ialah Delhi Dynamos di India.

pemain bola sepak

Kredit foto: espn.com

#2. Xavi

Xavi atau nama panjangnya Xavier Hernandez Crues adalah antara pemain tengah terbaik dunia. Skil Xavi sentiasa menjadi perhatian apabila beliau beraksi di atas padang. Telah mula bermain dengan Barcelona sejak tahun 1998. Kini beliau bermain dengan kelab Al Sadd di Qatar.

Sejak mula bermain secara profesional, di samping mempunyai kualiti kawalan bola yang baik, Xavi tidak pernah digantung perlawanan akibat menerima kad merah. Beliau sentiasa mengamalkan permainan yang bersih dan seterusnya menyebabkan rekodnya turut bersih.

pemain bola sepak

Kredit foto: express.co.uk

#3. Patrice Evra

Walaupun kini bermain dengan Juventus, Evra juga mempunyai memori yang cukup indah sepanjang bergelar pemain Manchester United. Beliau pernah terlibat dengan kontroversi perkauman antara beliau dan juga bekas pemain Liverpool, Luiz Suarez.

Evra pernah memaklumkan bahawa, sepanjang bergelar pemain bola sepak, beliau tidak pernah pulang awal ke bilik persalinan kerana beliau sekali pun tidak pernah di buang padang ketika permainan.

Baca lagi: 5 Pemain Bola Sepak Yang Mantap Lakonannya

ads-mens-grooming

pemain bola sepak

Kredit foto: skysports.com

#4. Michael Carrick

Pemain tengah Manchester United ini juga tidak pernah menerima sebarang kad merah sepanjang bergelar pemain bola sepak profesional sejak tahun 1999. Beliau memulakan karier profesionalnya bersama dengan kelab West Ham United.

Untuk musim kali ini, Carrick baru dua kali sahaja beraksi untuk Manchester United. Menurut Daily Mail, Carrick adalah jawapan kepada Mourinho untuk menyelesaikan masalah kepincangan barisan tengahnya dan juga boleh membantu Pogba beraksi cemerlang.

pemain bola sepak

Kredit foto: fourfourtwo.com

#5. Gary Lineker

Memulakan karier sebagai pemain bola sepak profesional pada tahun 1978 di Leceister City. Kemudian beliau berhijrah ke Everton pada tahun 1985. Selepas itu, beliau bermain selama 4 tahun di Barcelona. Pada tahun 1989 beliau kembali ke England dan bermain dengan Tottenham Hotspur sebelum berpindah pula ke kelab Nagoya Grampus Eight di Jepun.

Sepanjang beliau bermain bola sepak, Gary Lineker tidak pernah menerima kad merah. Aksi permainan beliau yang bersih telah hampir-hampir membantu skuad England menjulang Piala Dunia 1990 di Itali.

pemain bola sepak

Kredit foto: footballleagueworld.co.uk

#6. Ryan Giggs

Pemain lagenda Manchester United dan boleh dikatakan sebagai pemain yang cukup setia dengan Manchester United. Sepanjang umurnya bergelar pemain bola sepak profesional, beliau hanya bermain untuk satu kelab sahaja iaitu Manchester United bermula dari tahun 1990 sehinggalah 2014.

Sepanjang beraksi sebanyak 672 perlawanan bersama United, Ryan Giggs tidak pernah dikenakan kad merah. Walaupun permainannya dilihat agak kasar, tetapi Giggs tidak pernah dibuang padang. Selepas bersara sebagai pemain, Giggs dikatakan berminat untuk mengurus kelab Swansea City.

Baca lagi: Rambut 5 Pemain Bola Sepak Ini Kekal Bentuknya Walaupun Selepas 90 Minit Beraksi

ads-pomade_updated

pemain bola sepak

Kredit foto: s1.zetaboards.com

#7. Raul Gonzalez

Penyerang ternama Real Madrid sejak tahun 1994 sehingga tahun 2010. Sepanjang 26 tahun bersama Real Madrid, Raul sudahpun menjaringkan 228 gol. Pada usia 38 tahun, Raul mengumumkan persaraannya di mana kelab terakhir yang diwakilinya ialah New York Cosmos.

Pemain lagenda Real Madrid ini, tidak pernah menerima layangan kad merah daripada mana-mana pengadil yang mengadili permainan yang disertainya. Beliau lebih dikenali dengan rekod jaringannya yang sangat banyak.

pemain bola sepak

Kredit foto: highlandradio.com

#8. Damien Duff

Pemain yang lahir pada tahun 1979 dan bermain di posisi sayap ini memulakan kariernya di Liga Perdana Inggeris dengan menyertai kelab Blackburn Rovers. Pemain kelahiran Ireland ini juga pernah bermain dengan kelab elit iaitu Chelsea pada tahun 2003.

Bermula dari awal bergelar pemain bola sepak profesional sehinggalah beliau bersara pada tahun 2015, Damien Duff tidak pernah mendapat sebarang kad merah. Beliau sentiasa mempamerkan permainan yang bersih agar konsentrasinya tidak terganggu.

pemain bola sepak

Kredit foto: eurosport.co.uk

#9. Ledley King

Pemain ini telah menghabiskan kebanyakan masanya dalam sukan bola sepak profesionalnya bersama kelab Tottenham Hotspur. Kelab ini telah diwakilinya sejak tahun 1996 sehinggalah 2012. Pada 19 Julai 2012, King telah mengumumkan persaraannya sebagai pemain bola sepak.

King dikenali sebagai pemain pertahanan yang sangat hebat. Ini diakui oleh para peminatnya dan juga rakan-rakan bola sepak profesionalnya. Theirry Henry juga pernah menyatakan bahawa King adalah satu-satunya defender yang boleh membentes beliau tanpa foul. Maka, tidak peliklah jika King tidak pernah sekalipun menerima kad merah.

Jadi bagaimana selepas membaca artikel ini, adakah anda bersetuju dengan senarai ini? Andainya anda ada apa-apa pendapat, jangan malu dan jangan segan untuk tinggalkan komen di ruangan bawah ya. Kami mengalu-alukan cadangan dan pendapat anda.

Sumber: Footballs Top Ten

Baca lagi: Mengapa Zlatan Ibrahimovic Sombong dan Angkuh? Ini Puncanya

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *