9 Mercun Popular Pada Hari Raya Aidilfitri. #9 Paling ‘Legend’

Mercun. Walaupun sering dikatakan berbahaya, ia tetap diminati oleh orang ramai. Lagipun, tanpa mercun, rasa seperti tidak meriah sambutan suatu perayaan itu, terutama sekali semasa Hari Raya Aidilfitri.

Untuk hari ini kami nak kongsikan jenis-jenis mercun yang popular dimainkan oleh orang ramai semasa Hari Raya Aidilfitri.

 

1. Mercun papan

lovingwantie.blogspot.my

Gambar: lovingwantie.blogspot.my

Mercun yang berbentuk seperti sepapan kayu. Hanya perlu nyalakan sumbu sekali sahaja dan mercunnya akan meletup secara berturut-turut, bergantung kepada panjang mercun tersebut. Nak bagi lagi sedap bunyinya, lepas bakar sumbu, letak dalam bekas tin. Pasti awesome bunyi letupannya.

 

2. Mercun thunderclap

keliijaushop.blogspot.my

Gambar: keliijaushop.blogspot.my

Mercun ini apabila dinyalakan, ia akan terbang dahulu sebelum meletup di udara. Untuk keselamatan, pastikan mercun ini dihala ke atas. Salah sasaran, silap haribulan boleh terbang masuk rumah orang atau dalam kain pak imam.

 

3. Mercun bola

teranglagidisuluh.blogspot.m

Gambar: teranglagidisuluh.blogspot.m

Mercun yang berbentuk bola dan mampu menghasilkan bunyi letupan yang kuat dan membingitkan telinga. Selain digunakan untuk berhibur, mercun ini juga digunakan oleh pemburu untuk menghalau binatang buas di hutan semasa berburu.

 

4. Mercun naga

http://abouthariez.blogspot.my/

Gambar: abouthariez.blogspot.my

Mercun ini menghasilkan letupan diiringi percikan-percikan api yang menarik. Seronok dimainkan beramai-ramai. Tapi hati-hati, jangan dekat sangat dengan percikan api tu, nanti berlubang baju.

 

5. Mercun mancis

http://abdulmuhaiminyusri.blogspot.my/

Gambar: abdulmuhaiminyusri.blogspot.my

Mercun ini dijual dalam kotak yang sama seperti kotak mancis. Ada lebih kurang dalam 12 batang. Gesekkan mercun di tepi kotak, tunggu berasap, dan lemparkan mercun ke mana-mana saja yang anda suka. Nak tunjuk gagah sikit, pegang mercun tu buat beberapa seketika dan baling ke udara. Baru bergaya pabila ia meletup di udara tetapi amatlah tidak digalakkan.

pomade

6. Mercun pop

megahasz.blogspot.my

Gambar: megahasz.blogspot.my

Mercun yang paling tak berbahaya. Berbentuk seperti buah terung bulat tetapi dengan saiz yang lebih kecil. Dibalut dengan kertas berwarna putih. Mercun ini akan meletup apabila dibaling ke lantai. Selain itu, boleh juga dijentik untuk menghasilkan letupan. Sangat sesuai dimainkan oleh kanak-kanak. Tidak cool bagi lelaki dewasa memainkannya.

 

7. Mercun lebah

mercun lebah

Berbentuk sama seperti lebah. Mercun ini tidak menghasilkan letupan. Tetapi, apabila dinyalakan, ia akan terbang sambil mengeluarkan percikan api. Hati-hati, kadang-kadang ia boleh mengejar anda.

 

8. Mercun das

http://mytempat.blogspot.my/

Gambar: mytempat.blogspot.my

Mercun ini apabila dinyalakan, perlu dihala ke atas kerana ia akan mengeluarkan bebola api yang akan meletup di udara dan menghasilkan percikan bunga api yang menarik.

 

9. Meriam buluh

meriam buluh

Walaupun bernama meriam, tetapi masih lagi dalam kategori mercun. Meriam buluh mampu menghasilkan bunyi yang sangat kuat, bergantung kepada saiz dan ketebalan buluh serta kepadatan karbaitnya. Namun begitu, perlu berhati-hati apabila mencucuh untuk menyalakan meriam buluh ini, tersilap langkah akan membawa bencana dan berayalah dalam hospital.

 

Itulah dia 9 jenis mercun yang akan dimainkan oleh orang ramai semasa Hari Raya Aidilfitri nanti. Tapi, di sini kami nak pesan sekali lagi ya, main mercun tu bahaya, dan ini adalah amaran daripada Kerajaan Malaysia.

 

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *