9 Kes Rasuah Ini Dikatakan Paling Besar Dalam Sejarah Sukan Dunia

Semalam, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita tentang rasuah yang melibatkan aset berjumlah melebihi RM100 juta. Pihak yang terlibat dalam rasuah ini ialah mereka yang bertugas sebagai penjawat awam. Kejadian ini pasti mendatangkan rasa tidak puas hati kepada seluruh rakyat Malaysia.

Namun begitu, dalam artikel ini kami bukanlah ingin mengulas lanjut tentang isu di atas. Tetapi, kami ingin berkongsi dengan anda 9 kes rasuah yang dikatakan paling besar dalam sejarah sukan dunia.

Di sebalik memberi hiburan kepada para penonton dan peminat, terdapat juga segelintir pihak yang mengambil kesempatan dengan menjalankan aktiviti rasuah ini. Dengan cara ini, pihak-pihak yang terlibat boleh membuat keuntungan segera.

Tanpa membuang, jom kita sama-sama lihat 9 kes rasuah yang dikatakan paling besar dalam sejarah sukan dunia.

Kredit foto: alchetron.com

Kredit foto: alchetron.com

Nikolay Davydenko (Tenis)

Nikolay Davydenko dikatakan terlibat dalam rasuah sukan ini gara-gara beliau menarik diri semasa menentang pemain tidak ternama iaitu Martin Vasallo Arguello pada tahun 2007. Penarikan diri beliau dikatakan berkait dengan aktiviti perjudian berjumlah menghampiri 7 juta US dolar.

Walaubagaimanapun, selepas siasatan dijalankan, Davydenko didapati tidak bersalah.

Kredit foto: foxsports.com

Kredit foto: foxsports.com

Tim Donaghy (Pengadil NBA)

Tim Donaghy yang merupakan pengadil NBA telah didapati bersalah kerana mengatur perlawanan-perlawanan NBA. Kesalahan beliau mula terbongkar pada Julai 2007 melalui cerita yang dikeluarkan oleh wartawan New York Post.

Beliau menerima jumlah suapan berjumlah 30,000 US dolar (RM124,000) dan kesalahan ini menyebabkan beliau dipenjara selama 15 bulan dan didenda sebanyak 1.5 juta US dolar.

Kredit foto: Getty Images

Kredit foto: Getty Images

Robert Hoyzer (Pengadil Bundesliga)

Pengadil Bundesliga iaitu Robert Hoyzer telah mengaku menerima suapan berupa TV plasma dan 67,000 euro (RM310,000) pada Januari 2005. Hoyzer telah mengatur 4 perlawanan dalam Bundesliga dan mencuba untuk mengatur 2 lagi perlawanan tetapi tidak berjaya.

Akibat daripada salah laku ini, Hoyzer telah dipenjara selama 2 tahun 5 bulan.

Baca lagi: 5 Pemain Bola Sepak Ini Kekal Bentuk Rambutnya Walaupun Selepas 90 Minit Beraksi

ads-pomade_updated

Kredit foto: netwerk24.com

Kredit foto: netwerk24.com

Hansie Cronje (Pemain Kriket Afrika Selatan)

Hansie Cronje dituduh mengatur perlawanan pada tahun 2000 melibatkan perlawanan pasukannya sendiri iaitu Afrika Selatan yang menentang pasukan India. Cronje dikatakan menerima rasuah daripada seorang ahli perniagaan India yang juga seorang bookie yang bernama Sanjay Chawla.

Cronje menerima duit suapan berjumlah 135,000 US dolar (RM558,393).

Kredit foto: thesun.co.uk

Kredit foto: thesun.co.uk

Salman Butt, Mohammad Asif dan Mohammad Amir (Pemain Kriket Pakistan)

Ketiga-tiga pemain kriket Pakistan ini terlibat dalam mengatur perlawanan bilamana mereka membuat balingan ‘no-ball’ mengikut arahan yang ditetapkan oleh seorang ejen sukan iaitu Mazhar Majeed. Isu rasuah ini dibongkarkan oleh ‘News of the World’ apabila pihak ini memaparkan satu rakaman video yang menunjukkan Mazhar sedang mengira rasuah dan mampu menentukan balingan ‘no-ball’ ketiga-tiga pemain ini.

Jumlah suapan yang diterima oleh mereka bertiga ialah 150,000 US dolar (RM620,437). Akibatnya, Salman, Asif dan Amir dihalang bermain kriket secara profesional seumur hidup oleh International Cricket Council.

Kredit foto: independent.co.uk

Kredit foto: independent.co.uk

Stephen Lee (Snuker)

Walaupun sudah memenangi 3.3 juta US dolar dalam kesemua pertandingan yang disertai, Stephen Lee masih merasakan ia tidak mencukupi dan menyebabakan beliau bertindak mengatur perlawanan. Akibatnya, pada Oktober 2012, Lee digantung daripada menyertai sebarang perlawanan snuker selama 12 tahun.

11 bulan kemudian, beliau juga didapati bersalah kerana mengatur perlawanan pada tahun 2008 dan 2009 dan menyebabkan beliau dihalang daripada menyertai sebarang pertandingan snuker profesional. Jumlah suapan yang diterima beliau adalah sebanyak 170,000 US dolar (RM703,162).

Baca lagi: 12 Pemain Bola Sepak Yang Memiliki Jambang Yang Super Cool

ads-beard-oil

Kredit foto: clickcric.com

Kredit foto: clickcric.com

Indian Premier League (Kriket)

Indian Premier League (IPL) adalah sebuah liga untuk sukan kriket di India. Liga ini berdepan dengan kontroversi kes rasuah dan pengaturan perlawanan yang melibatkan beberapa pemain seperti TP Sudhindra, Mohnish Mishra, Amit Yadav, Shalabh Srivastava dan Abhinav Vali.

Mereka ini dikatakan menerima arahan daripada bookie untuk mengatur perlawanan. Akhirnya, kesemua pemain dan bookie yang terlibat ditahan oleh polis Delhi. Jumlah suapan yang diterima adalah 540,000 US dolar (RM2.23 juta).

Kredit foto: wikipedia.org

Kredit foto: wikipedia.org

8 Pemain Chicago White Sox (Baseball)

Kes rasuah ini berlaku pada tahun MLB World Series 1919. Pada masa itu Chicago White Sox (CWS) kalah kepada Cincinnati Reds kerana beberapa pemain CWS telah mengatur perlawanan ini agar CWS kalah. Perancangan ini dilakukan oleh Arnold “Chick” Gandil di mana beliau menyuruh seorang rakannya yang juga penjudi profesional untuk uruskan taruhan ini.

Jumlah suapan yang diterima adalah sebanyak 545,000 US dolar (RM2.25 juta). Rentetan daripada isu ini, kesemua pemain yang terlibat telah dihalang daripada bermain dalam major dan minor league baseball.

kes rasuah

Kredit foto: sbo.net

Bola sepak Eropah

Kes rasuah dan mengatur perlawanan bola sepak telah menjadi isu yang sangat membimbangkan di Eropah. Pada tahun 2014, bekas pemain Itali iaitu Gennaro Gattuso adalah antara individu yang pernah disiasat berkaitan isu ini. Selain itu, bekas pemain Portsmouth dan Charlton, Sam Sodje, pernah menerima suapan berjumlah 70,000 pound semata-mata untuk mendapat kad merah.

Pemain seperti DJ Campbell yang pernah bermain dalam Liga Perdana Inggeris juga pernah ditahan polis kerana isu ini. Boleh dikatakan sebanyak 1.73 juta pound (RM909 juta) sudah dibayar kepada pemain-pemain dan pegawai-pegawai bola sepak Eropah yang korup.

Rasuah dan korupsi memang ada di mana-mana. Selagi ada manusia yang tamak, selagi itulah perkara ini tidak dapat dibendung. Ia ibarat penyakit yang tiada ubatnya melainkan manusia itu sendiri yang berubah.

Semoga kita semua dijauhkan daripada permasalahan rasuah dan korupsi ini dalam kehidupan kita.

Sumber: The Richest

Baca lagi: 5 Pemain Bola Sepak Yang Mantap Lakonannya

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *