9 Ancaman Kesihatan Lelaki Yang Patut Anda Ketahui

1. ALKOHOL MUSUH KETAT LELAKI!

Alkohol seolah-olah tidak dapat dipisahkan terutama sekali buat kaum lelaki. Menurut CDC, lelaki memiliki kadar lebih tinggi dirawat di hospital serta kematian berbanding perempuan,sekiranya mereka meminum alkohol dua kali ganda. Alkohol juga menganggu pengeluaran hormon dan fungsi buah zakar yang boleh membawa pada kemandulan dan mati pucuk. Secara beransur- ansur boleh merosakkan hati.

15 Ancaman Kesihatan Lelaki

www.bridgewaybh.com

2. KEMALANGAN TIDAK DISENGAJAKAN

Kemalangan adalah punca kematian ramai lelaki. Mungkin disebabkan ‘kandungan’ gen berani mati dan sanggup hadap kematian, malah ia mencatatkan kematian dua kali ganda berbanding kaum wanita. Dengan sikap rakus serta mengabaikan penggunaan topi keledar, penggunaan dadah serta alkohol malah sikap panas baran mampu untuk lakukan hanya sekadar mengambil langkah berjaga-jaga.

15 Ancaman Kesihatan Lelaki

w-dog.net

3. Tekanan Perasaan

Wanita dua kali ganda menghidapi tekanan perasaan, namun lelaki juga terkesan malah corak penerimaannya juga berbeza. Sebagai contoh, lelaki cenderung menjadi letih, cepat marah serta menghadapi masalah tidur. Pada masa yang sama enggan berkongsi dan mendapatkan bantuan. Walaupun wanita cenderung untuk melakukan percubaan bunuh diri berbanding lelaki, lelaki pula cenderung mati mengejut.

depressed-guy

theultimateman.guide

ads-facial-bar

4. DIABETES

Diabetes ternyata menawarkan komplikasi teruk terutama sekali buat lelaki. Ini termasuk risiko lebih tinggi untuk mati pucuk, paras testosteron rendah yang boleh membawa pada kemurungan dan keresahan. Kencing manis yang tidak dirawat juga menyumbang pada saraf dan kerosakan buah pinggang, penyakit jantung, strok serta masalah penglihatan.

are-you-living-with-type-1-750x403

5. KANSER KULIT

Lelaki berusia 50 tahun ke atas mempunyai risiko paling tinggi mendapat kanser kulit. dua kali ganda lebih besar dari akum wanita. Penyebab ada kanser kulit ini adalah kerana kaitannya dengan pendedahan cahaya matahari yang terlampau kerap dan kurang mendapat pemerhatian daripada doktor.

vinnie-jones-skin-cancer

scrapetv.com

6. PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Boleh dikatakan seorang daripada tiga orang lelaki mempunyai beberapa bentuk penyakit kardiovaskular, strok, tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari, angina pektoris dan kegagalan jantung merupakan beberapa simptom dalam kategori kardiovaskular. Dianggarkan 2.8 juta lelaki mengalami strok setiap tahun dan tekanan darah tinggi adalah perkara biasa di kalangan lelaki muda. Rutin pemeriksaan adalah penting untuk memantau kesihatan jantung. Malah, kematian mengejut sudah menjadi sinonim dengan kaum lelaki.

7-cara-mencegah-penyakit-kardiovaskular

www.merdeka.com

7. OBESITI

Malaysia syurga makanan, jadi tidak hairan sekiranya obesiti adalah ancaman utama kesihatan lelaki. Hampir satu pertiga bersamaan 32.6 peratus daripada lelaki di dunia adalah gemuk. Obesiti membawakan banyak risiko yang diketahui umum bahkan mengancam nyawa termasuk penyakit jantung, kencing manis, kanser prostat dan kanser lain dan thromboembolism vena, kehilangan berat badan adalah satu cabaran besar tetapi anda boleh menanganinya dengan bantuan sokongan daripada pakar, keluarga dan rakan-rakan.

j0430792

8. ROKOK DAN PARU-PARU

Kanser paru-paru serta penyakit kronik paru-paru obstruktif (COPD) adalah gabungan bronkitis kronik dan emphysema, kebiasaannya dikaitkan dengan merokok. COPD antara punca kematian banyak negara di dunia. Kadar kes baru kanser paru-paru pada tahun 2014 menunjukkan bahawa lelaki mudah menghidapi penyakit ini dua kali ganda lebih kerap berbanding wanita. Langkah – langkah pencegahan yang boleh di ambil untuk melindungi kesihatan paru-paru adalah berhenti merokok dan mengelakkan asap rokok.

tumblr_lzkt7kffod1qa20meo1_500

fuma.ph

ads-hair-tonic

9. DISFUNGSI EREKTIL

Walaupun kondisi ini tidak membahayakan kesihatan dan menyebabkan kematian secara khususnya, tetapi ia tetap ancaman utama buat kaum lelaki. Antara 15 peratus dan 25 peratus lelaki yang berumur 65 tahun dan 5 peratus daripada mereka berumur 40 tahun mengalami disfungsi erektil (ED) secara konsisten. Statistik ini belum mengambil kira lelaki yang tidak mendapatkan rawatan perubatan. Mati pucuk boleh memberi tamparan hebat kepada kesihatan lelaki, mental dan emosi lelaki termasuk dalam perhubungan intim anda. Tetapi ia tidak akan merosakkan kehidupan anda sekiranya lelaki tidak malu untuk mendapatkan rawatan serta mempercayai pakar untuk pilihan rawatan.

Komen di bawah untuk berkongsi mengenai artikel ini!

BACA: Anda Patut Tahu: Simbolik Angka 15

Join us_New

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *