8 Tips Mudah Untuk Menajamkan Penglihatan Anda!

8 Tips Mudah Untuk Menajamkan Penglihatan Anda!Sumber gambar: livelovefruit.com

Adakah anda memakai cermin mata atau berperang dengan masalah penglihatan yang lemah? Membetulkan penglihatan anda tidaklah susah seperti yang dijangkakan dan anda tidak memerlukan cermin mata untuk menyelesaikannya.

Malah, anda boleh menajamkan penglihatan anda tanpa perlu berbelanja untuk pembedahan laser atau cermin mata. Ia cuma memerlukan sedikit usaha dari anda untuk berusaha membaikinya.

Memandangkan kita tidak lagi hidup dalam persekitaran yang hijau, pokok-pokok dan landskap hijau tidak lagi menjadi suatu pemandangan untuk dilihat setiap hari.

Sebaliknya ia adalah skrin komputer, televisyen dan telefon bimbit yang menjadi tumpuan mata kita.

Ikuti 8 tips mudah untuk menajamkan penglihatan anda tanpa perlu berbelanja besar untuk pembedahan laser dan cermin mata:

1. Amalkan pengambilan jus lobak merah

Sumber gambar: stylecraze.com

Lobak merah mengandungi beta-karotena yang boleh ditukar kepada vitamin A di dalam badan. Vitamin A membantu melindungi mata daripada masalah yang berkaitan dengan degenerasi makular usia dan mengurangkan risiko anda untuk mendapat glaukoma.

Vitamin A juga ketara untuk membantu meningkatkan penglihatan malam.

2. Terhadkan masa di hadapan skrin komputer

digihome

Skrin komputer memberi banyak tekanan kepada mata. Masalah mata yang disebabkan oleh penggunaan komputer tergolong di bawah sindrom penglihatan komputer (CVS).

Apabila anda bekerja di hadapan komputer, mata anda terpaksa membesarkan fokus sepanjang masa, yang boleh menyebabkan tekanan pada mata anda. Menghadkan masa di hadapan skrin komputer akan sangat membantu penglihatan.

3. Urut bahagian mata secara perlahan-lahan, beberapa kali sehari

Ini akan membantu untuk melancarkan aliran darah di kawasan mata dan memperbaiki penglihatan.

4. Rehatkan mata anda 3 jam sehari

newhorizonsvisiontherapy.com

Merehatkan mata anda selama 3 jam sehari akan membantu otot-otot di mata anda untuk relaks, yang mana secara semula jadinya akan melatih mata anda untuk kurang menegang dan justeru memperbaiki penglihatan mata.

5. Jangan memakai cermin mata anda sepanjang hari

Bertentangan dengan kepercayaan semasa, cermin mata sebenarnya melemahkan lagi otot di mata kita kerana ia perlu bergantung kepada kanta yang betul.

Cuba elakkan memakai cermin mata paling kurang 30 minit sehari dan tingkatkan tempohnya dari semasa ke semasa.

Kurangnya kebergantungan anda pada cermin mata akan banyak membantu penglihatan anda.

6. Luangkan masa melihat landskap hijau

Sumber gambar: hdwallpaperspulse.com

Secara historikalnya, mata kita sebenarnya terbiasa untuk melihat landskap semula jadi dan dedaunan hijau.

Meluangkan masa bersama alam semula jadi akan membantu mata anda untuk berehat dan membantu seluruh badan kita untuk relaks. Melihat kepada pemandangan yang jauh juga dapat meningkatkan lagi kualiti penglihatan mata.

7. Letakkan kain yang suam dan lembap pada mata dan tekan padanya selama setengah jam setiap hari

Seperti mengurut, kehangatan akan membantu untuk mengendurkan otot di sekeliling mata dan penglihatan secara alaminya akan mula menjadi lebih baik.

8. Gunakan carta di bawah untuk meningkatkan penglihatan anda.

Ikuti garis-garis yang ditunjukkan di bawah, dan kenali bentuk asas garis dengan menjarakkan mata anda dari gambar tersebut.

Sumber gambar: Pinterest

 

Baca lagi:Bagaimana Untuk Mengurangkan Tekanan Di Tempat Kerja?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *