8 Tips Berfesyen Untuk Lelaki Kurus

untitled-1

Umumnya korang mesti fikir lelaki kurus lebih senang nak dress up sebab senang nak muat pakaian kan. Tapi sebenarnya sangkaan korang meleset. kerana lelaki kurus banyak juga cabaran dalam berfesyen ni.

Jadi sekarang kami nak share tip berfesyen untuk lelaki kurus supaya korang tampak stylo gitu. Check this out!

1. BETULKAN CUTTING

Kalau susah nak jumpa cutting baju seluar yang sesuai, better korang hantarkan kat tukang jahit untuk ikut saiz korang. At least takdelah nampak macam korang pinjam baju ayah atau abang atau kawan yang badan lagi besar daripada korang.

2. PAKAI LEBIH SELAPIS

welcome-back-you-fool-3

Kerapkan pakai baju berlapis. Contohnya, korang pakai t-shirt then korang pakai jaket ‘varsity’ atau kemeja yang besar sikit kat luar mengikut keselesaan korang ok. Janganlah pulak cuaca panas terik korang pakai baju sampai tiga lapis. Cara ni boleh bagi ilusi badan korang lebih berisi.

ads-facial-bar

3. PAKAIAN ‘SLIM FIT’ TERBAIK

t1embkxoxlxxat7bzt_010823

Untuk lelaki berbadan kurus ni, pakaian slim fit cutting sangat sesuai sebab boleh menampakkan susuk tubuh keras dan bahu lebih lebar. Tapi ingat tau, bukan ‘skinny fit’ sebab boleh jelas nampak yang korang kurus.

4. ELAK PAKAIAN LONGGAR

2015-new-thin-section-jeans-male-big-yards

Pakaian longgar memang rasa selesa kan. Namun elakkan pakaian yang terlalu longgar. Sebab menampakkan lelaki kurus bertambah kurus. Mungkin persepsi ramai orang kata pakaian longgar sikit dapat sorokkan susuk tubuh kurus. Tapi sebenarnya tanggapan ni salah.

5. ELAK AKSESORI BESAR

big_bling

Aksesori macam tali pinggang atau jam tangan yang besar sepatutnya korang elakkan. Korang mesti akan kelihatan tak kena. Sebab apa? Cuba bayangkan kalau korang pakai jam tangan besar kat tangan, mesti orang akan nampak jam tu dulu baru nampak betapa halusnya tangan korang. For sure korang boleh goncang-goncang jam kat tangan korang tu hahaha.

6. ELAK CORAK MENEGAK

HTB1k5hRGXXXXXaYXVXXq6xXFXXXe

Memakai baju yang ada corak menegak adalah teknik untuk menampakkan seseorang itu lebih kurus. Jadi korang dah tahu korang kurus, elakkan corak menegak. Seeloknya pakai baju yang ada corak melintang. Lagi pun corak melintang kan memang tengah trending sekarang. Let’s join the club!

ads-pomade_updated

7. WARNA CERAH

1205-front_10_1024x1024

Pakaian berwarna cerah menampakkan si pemakai lebih berisi dan sesuai sangat untuk korang yang berbadan kurus. Kalau boleh, kurangkan berpakaian gelap seperti hitam atau coklat. Tapi kalau dah minat sangat, cubalah cari warna kelabu atau coklat terang.

8. TAHU JENAMA SESUAI

hg6

Mungkin ada sesetengah korang yang tak tahu, sebenarnya ada beberapa jenama pakaian yang direka untuk saiz badan tertentu. Jenama A mungkin sesuai untuk lelaki kurus macam korang tapi jenama B lebih sesuai untuk lelaki berotot a.k.a sado. Jadi pilihlah jenama dan fashion designer tu tentu dah arif dalam mereka fesyen untuk lelaki kurus macam korang. Topman, Uniqlo atau H&M.

Ok korang dah nampak jalan penyelesaian untuk dilema korang tu kan. Apa tunggu lagi, korang pergi laa shopping sekarang. Haha ajaklah aku sekali kalau korang murah hati ye.

Sumber: Lelaki Sihat

BACA: 5 Trick Untuk Anda Kelihatan Lebih Slim

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.