8 Sebab Mengapa Orang Dewasa Seperti Anda Tak Perlu Malu Bila Menonton Kartun

Anda orang dewasa dan anda suka kartun? Jadi apa masalahnya? Oh, pasal ada orang sibuk mengutuk dan mengkritik anda kerana masih menonton kartun? Kalau macam itulah tanggapan mereka, maka mereka silap.

Kartun bukanlah untuk kanak-kanak semata-mata. Banyak yang anda boleh pelajari daripada kartun ini sebagai orang dewasa. Maka, atas sebab inilah, kami telah menghasilkan artikel ini untuk menjelaskan mengapa seseorang orang dewasa masih lagi menonton kartun sehingga kini.

Semoga dengan poin-poin yang diberikan ini, anda tidak perlu lagi berasa malu andainya dikritik kerana apa yang anda lakukan itu hanya sesuatu yang normal di kalangan orang-orang dewasa.

Kredit foto: Sinar Harian

Kredit foto: Sinar Harian

Menyokong Seni Animasi

Kartun adalah sebahagian daripada seni. Jadi, dengan menonton kartun-kartun yang berjaya menghasilkan animasi yang cantik dan menarik, ia sebenarnya adalah tanda sokongan anda kepada syarikat yang menghasilkan kartun-kartun tersebut. Lagipun, kartun tersebut dihasilkan oleh orang-orang dewasa, jadi, apabila ada orang-orang dewasa yang lain menonton dan memuji kartun tersebut, ia akan menjadi satu penghargaan yang sangat berharga buat mereka.

Kredit foto: Young Jump Animation

Kredit foto: Young Jump Animation

Kartun Lebih Baik Daripada ‘Real-Life’ Drama

Memandangkan drama-drama zaman sekarang lebih banyak menampilkan tema-tema berunsur cinta, kecurangan, kehancuran rumahtangga dan sebagainya, kartun boleh meneutralkan minda anda dengan membawa tema-tema yang lain. Ia membantu dalam memberi kesegaran kepada minda anda kerana menampilkan elemen-elemen yang tidak boleh dibawakan di dalam sesebuah drama.

Baca lagi: Tak Tahu Nak Tonton Filem Apa Bila Bersama Anak Perempuan Anda? Ini 7 Filem Cadangan Kami

ads-beard-oil-with-azrel

Kredit foto: Ultraman Wiki - Wikia

Kredit foto: Ultraman Wiki – Wikia

Masa Kartun Lebih Singkat

Sebagai orang dewasa, anda pasti tidak ada banyak masa untuk menonton drama atau kartun di televisyen mahupun di internet. Drama biasanya mengambil masa sejam untuk 1 episod dihabiskan. Tetapi, kartun hanya mengambil masa 30 minit sahaja untuk 1 episod. Jadi, ia telah jimatkan 30 minit masa anda dan anda boleh lakukan perkara lain selepas itu tanpa membuang banyak masa.

Kredit foto: How To Train Your Dragon Wikia

Kredit foto: How To Train Your Dragon Wikia

Kadangkala Emosi Kartun Adalah Lebih Baik

Pernah sekali semasa penulis menonton ‘How To Train Your Dragon 2’, semasa ayah Hiccup dibunuh tanpa sengaja oleh Toothless, kedengaran orang-orang dewasa di dalam pawagam menangis kerana sedih dengan babak itu. Sebab itulah, kartun ini bukan sahaja boleh difahami oleh kanak-kanak, malah orang-orang dewasa turut boleh memahaminya dan menghayatinya dengan baik.

Kredit foto: zh.fanpop.com

Kredit foto: zh.fanpop.com

Kartun Boleh Memberi Semangat

Jangan sangka kartun ini adalah sekadar hiburan semata-mata. Kartun juga sebenarnya boleh menjadi pembina semangat anda. Banyak kartun pada masa kini yang menunjukkan elemen-elemen seperti tidak mudah berputus asa. Contohnya seperti filem ‘Boboiboy The Movie’ di mana Boboiboy kelihatan akan kalah kepada Borara akhirnya kembali bangkit melawan dan mengeluarkan kuasa terhebatnya iaitu Boboiboy Kuasa Tujuh.

Kredit foto: Zerochan

Kredit foto: Zerochan

Belajar Sesuatu Daripada Kartun

Ada sesetengah kartun disiarkan sambil memberi ilmu pengetahuan kepada para penontonnya. Contohnya seperti kartun ‘Eyeshield 21’ dari Jepun. Kartun yang berkisarkan tentang sukan American Football ini turut menyelitkan beberapa info yang kita boleh ketahui seperti  cara-cara dan juga syarat-syarat permainan di dalam sukan American Football. Jadi, tak patutlah jikalau ada yang kata menonton kartun ini tidak menambah pengetahuan.

ads-hair-tonic-with-nasir

Kredit foto: Adarain

Kredit foto: Adarain

Kartun Membantu Melupakan Masalah

Menonton kartun-kartun yang kelakar seperti ‘Spongebob’ ataupun melihat kerenah dan jenaka Papazola dalam ‘Boboiboy’, pastinya dapat membantu anda melupakan seketika masalah yang dihadapi. Bukan membantu menyelesaikan, tetapi ia dapat buat anda berasa sedikit tenang agar jalan penyelesaian dapat ditemui. Dengan sedikit gelak ketawa, pastinya anda dapat idea untuk selesaikan masalah apabila mood berada dalam keadaan gembira.

Kredit foto: NPR

Kredit foto: NPR

Semuanya Di Tangan Anda

Ini adalah poin yang paling penting. Anda sudah dewasa, tiada siapa yang akan mengongkong anda, jadi anda boleh tonton apa sahaja yang anda suka termasuklah kartun. Lagipun, anda sudah cukup dewasa untuk tentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Jika semasa kecil ibu bapa mengongkong, maka apabila dewasa, anda boleh buat pilihan sendiri. Cuma, bila dah ada tanggungjawab, janganlah sampai lupakan tanggungjawab anda ye.

Adakah anda setuju dengan poin-poin yang kami berikan ini? Jika anda mempunyai cadangan ataupun pendapat sendiri, sila tinggalkannya di dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: 3 Kartun Yang Pernah Popular Dan Masih Melekat Di Hati Penonton

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *