8 Perkara Asas Yang Lelaki Patut Tahu Tentang Kereta

Kereta, pastinya ramai lelaki sudah pernah memandu sebuah kereta untuk menuju ke mana-mana destinasi. Tetapi, adakah anda betul-betul tahu perkara asas tentang sesebuah kereta? Jadi, di sini kami nak sampai 8 perkara asas tentang kereta yang patut diketahui oleh kaum lelaki.

 

1. Boleh pandu kereta manual

1

Walaupun zaman sekarang banyak kereta yang banyak menggunakan gear automatic, sebagai lelaki anda juga harus tahu memandu kereta gear manual. Ini kerana, anda sendiri pun tidak tahu bilakah masanya anda terpaksa gunakan kereta manual. Malulah kalau lelaki tak pandai pandu kereta manual kan?

 

2. Pandai ‘check’ semua cecair dalam kereta

2

Sebagai lelaki anda perlu pandai melihat dan menentukan segala cecair yang ada dalam kereta anda berada pada sukatan yang mencukupi. Cecair ini melibatkan, minyak enjin, minyak brek, minyak gear, minyak ‘power steering’, air bateri, air ‘wiper’ – dan apa saja jenis cecair yang ada. Ketahui segala fungsi cecair ini dan bilakah masanya untuk menambah sukatan setiap cecair ini.

 

3. Mematuhi undang-undang jalanraya

3

Anda haruslah menjadi pemandu yang berhemah. Patuhi segala peraturan yang telah ditetapkan. Contohnya seperti tidak melanggar lampu isyarat, tidak memandu melebihi had laju, tidak menyalahgunakan lorong kecemasan dan sebagainya. Dengan mematuhi undang-undang ini dapat menunjukkan bahawa anda adalah lelaki yang berdisiplin.

 

4. Boleh menukar ‘headlight’ sendiri

4

Menukar ‘headlight’ bukanlah satu tugas yang sukar. Tugas mudah seperti ini tidak patut diberikan kepada mekanik anda, biarkan mereka lakukan tugas yang susah dan anda ambil alih segala tugas yang mudah seperti ini. Baru nampak yang anda juga pandai bab-bab kereta ni.

 

5. Boleh ‘check’ tekanan udara tayar sendiri

5

Apa yang anda perlukan hanyalah ‘tire gauge’ dan juga buku manual kereta anda dan lihat bahagian tentang tayar. Tentukan berapakan tekanan tayar yang sesuai untuk kereta anda dan kemudian guna ‘tire gauge’ untuk memastikan tekanan tayar anda berada pada tahap yang sesuai. Ini membantu tayar anda lebih tahan lama dan menjimatkan penggunaan minyak.

 

6. Pandai tukar tayar

6

Anda lelaki tapi tak pandai tukar tayar? Nasihat kami, belajarlah. Boleh jatuh air muka jika anda tak pandai tukar tayar.

 

7. ‘Jump start’ kereta

7

Ok, ini juga adalah benda paling asas tentang kereta yang anda patut tahu. Anda perlu tahu di mana nak letakkan penyepit merah dan juga penyepit hitam. Jika tak tahu, maka anda perlu pelajarinya.

 

8. Boleh ‘parking’ sisi

8

Anda nampak ada parking kosong, tapi parking tu adalah parking sisi. Memiliki kemahiran parking sisi adalah bonus bagi sesiapa saja kerana ia membantu memudahkan urusan kita. Selain itu, ia juga membuktikan bahawa kita adalah pemandu yang berkemahiran tinggi apabila boleh buat parking sisi ini.

 

*sumber gambar dari Google

 

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *