8 Pergaduhan Sebenar Yang Berlaku Dalam WWE. Tiada Skrip Dan Bukan Lakonan.

Anda mungkin sudah sedia maklum bahawa setiap perlawanan di dalam WWE sudahpun dirancang lebih awal. Ia mempunyai plot dan skrip yang perlu diikuti dan dilakonkan oleh setiap atlit WWE.

Jadi, setiap adegan dan juga pergaduhan yang anda saksikan di gelanggang WWE semuanya sudah ditentukan gerakannya dan juga kemenangannya.

Walaubagaimanapun, tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa pergaduhan sebenar yang berlaku di luar plot cerita WWE ini? Maksud kami di sini, atlit-atlit WWE ini pernah bertumbuk sesama sendiri tanpa dibatasi sebarang skrip dan arahan yang telah ditentukan.

Maka dengan itu, artikel kali ini kami mahu berkongsi dengan anda 8 pergaduhan sebenar yang telah berlaku di luar gelanggang WWE. Tiada lakonan dan semuanya adalah benar-benar belaka.

pergaduhan sebenar

#8. Sheamus vs Yoshi Tatsu

Sheamus dan Yoshi Tatsu pernah duduk serumah semasa mereka beraksi di dalam Florida Championship Wrestling (FCW). Perbalahan di antara Yoshi dan juga Sheamus bermula apabila Yoshi telah menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada Sheamus kerana tidak membasuh semula protein shaker yang dipinjamnya dari Yoshi.

Bukan sekali dua Sheamus berbuat begitu, tetapi sudah banyak kali dan ini menyebabkan Yoshi berasa marah dengan perangai Sheamus. Semasa perbalahan, Sheamus telah membaling protein shaker kepada Yoshi dan mengajaknya bergaduh.

Yoshi menerima pelawaan Sheamus itu dan Yoshi telah memenangi pergaduhan ini.

gusti-2

#7. JBL vs Joey Styles

Semasa Joey Styles pertama kali mengikuti lawatan WWE ke Iraq, Styles menjadi mangsa buli JBL atau nama sebenarnya John Charles Layfield. JBL kelihatan sering merendah-rendahkan kemahiran mengulas Styles dan dia juga secara sengaja menumpahkan air ke atas Styles.

JBL memang terkenal dengan sikapnya yang suka membuli itu di kalangan ahli-ahli gusti yang lain tetapi ramai yang buat tak endah dengan perangai JBL itu. Walaubagaimanapun, kesabaran Styles sudah sampai ke kemuncaknya.

Setelah sekian lama bersabar dengan sikap JBL sepanjang tempoh lawatan di Iraq, JBL yang mabuk dikatakan telah mengungkapkan kata-kata hinaan kepada Styles yang akhirnya menyebabkan Styles menghadiahkan satu tumbukan yang melebamkan mata JBL.

Baca lagi: 5 Sebab Mengapa WWE Masih Ditonton Walaupun Sudah Tahu Ia Sekadar Lakonan

ads-mens-grooming

gusti-3

#6. Sin Cara vs Simon Gotch

Sin Cara memang seringkali terlibat dengan pergaduhan di belakang pentas walaupun dia sebenarnya sudah menang dalam perlawanan sebelum itu. Tidak ada maklumat yang terperinci tentang pergaduhan di antara Sin Cara dan juga Simon Gotch ini.

Setakat maklumat yang diketahui ialah, pergaduhan ini berlaku sebelum berlangsungnya ‘Smackdown Live’ semasa mereka sedang makan. Punca sebenar pergaduhan ini juga tidak dapat dikenalpasti dan siapa yang menang pergaduhan ini pun turut tidak diketahui.

gusti-4

#5. Nasty Boys vs Ken Shamrock

Salah seorang ahli Nasty Boys dikatakan telah menunjukkan isyarat tidak senonoh kepada Shamrock. Sebelum sempat Shamrock berbuat apa-apa kepada Nasty Boys, mereka telah pergi meninggalkan Shamrock.

Kemudian, Shamrock berjumpa dengan Nasty Boys di hotel mereka dan menghamburkan kata-kata kesat kepada Nasty Boys. Menurut sumber, Nasty Boys telah menghentak belakang kepala Shamrock dengan telefon keluli sebelum memijak-mijak lagend gusti ini.

Setahun kemudian, Shamrock telah bertembung dengan salah seorang ahli Nasty Boys iaitu Saggs di mana Saggs memberitahu Shamrock bahawa dia berasa bangga dengan apa yang dilakukannya kepada Shamrock.

Shamrock berasa marah dengan kelakuan Saggs dan telah bertindak mengejar Saggs dan mengancam mahu membunuh Saggs. Walaubagaimanapun, Saggs berkata kepada Shamrock bahawa tindakannya itu akan menjadi kes jenayah lalu Shamrock pergi meninggalkan Saggs.

gusti-5

#4. Batista vs Booker T

Perbalahan ini berlaku apabila Batista seringkali mengatakan tentang rating SmackDown yang semakin menurun. Batista juga didapati memberikan info-info yang salah kepada atlit-atlit WWE yang lain.

Hal ini menyebabkan Booker T tidak senang duduk dengan sikap Batista lalu dia pergi berjumpa dan berdepan dengan Batista sendiri. Mereka dikatakan telah bercakap-cakap selama 5 minit sebelum pergaduhan bermula.

Mereka telah bergaduh selama 30 saat dan perlawanan ini telah dimenangi oleh Booker T.

ads-beard-oil

gusti-6

#3. Khali vs Big Show

Pergaduhan di antara Khali dan Big Show tercetus apabila Big Show mendakwa bahawa Khali telah meniru salah satu gerakan serangannya iaitu ‘Overhand Chop’. Big Show berjumpa dan berdepan dengan Khali dan memberitahu Khali supaya berhenti meniru gerakannya.

Amaran Big Show tidak diterima oleh Khali lalu Big Show menumbuk rahang kanan Khali. Maka, bermulalah pergaduhan dua gergasi ini yang saling berbalas tumbukan.

Walaubagaimanapun, semasa Big Show menghayunkan satu tumbukan kepada Khali, kakinya telah tersadung pada kerusi dan menyebabkan beliau terjatuh lalu ditimpa oleh Khali. Dalam pergaduhan ini, Big Show sendiri mengaku bahawa dia kalah kepada Khali.

gusti-7

#2. Randy Savage vs Road Warrior Hawk

Sehingga kini, perbalahan di antara dua atlit masih belum diketahui puncanya. Kedua-dua atlit mula bergaduh di New Japan pada tahun 1996 di mana Hawk menghadiahkan satu tumbukan kepada Savage yang menyebabkan Hawk memenangi pergaduhan pertama ini.

Randy Savage atau dikenali juga sebagai ‘Macho Man’ masih tidak mahu melupakan kekalahan pergaduhan pertama telah melepaskan tumbukan ‘curi’ kepada Hawk semasa Hawk menghulurkan tangan untuk bersalam tanda pendamaian.

Insiden ini berlaku 3 tahun selepas pergaduhan pertama di mana ia berlaku semasa berlangsungnya konsert Kid Rock di Florida.

Setakat ini, pergaduhan ini berkesudahan dengan keputusan seri sahaja.

gusti-8

#1. Chris Jericho vs Brock Lesnar

Pergaduhan di antara Jericho dan Lesnar berpunca daripada cara Lesnar mengalahkan Randy Orton semasa Summerslam. Jericho melihat bahawa gerakan yang dibuat oleh Lesnar adalah berbahaya kepada Orton.

Jericho telah berjumpa dengan Michael Hayes dan bertanya sama ada gerakan yang dibuat oleh Lesnar itu ada atau tidak di dalam skrip. Namun begitu, jawapan yang diberikan oleh Hayes dikategorikan sebagai ‘sampah’ oleh Jericho.

Tindakan Jericho ini menyebabkan Lesnar rasa terganggu dan dia mengarahkan Jericho supaya ‘menjaga tepi kainnya sendiri’ sahaja. Lesnar telah menolak Jericho dan Jericho membalas dengan menghantukkan kepalanya ke kepala Lesnar.

Namun begitu, pergaduhan ini tidak kekal lama apabila Triple H telah datang dan meleraikan pergaduhan ini.

Jadi, itulah dia 8 pergaduhan sebenar yang telah berlangsung di luar gelanggang WWE. Pergaduhan ini tiada skrip dan tiada jalan cerita dan semua aksi tumbuk menumbuk adalah ‘real’.

Adakah anda juga ada mengetahui kisah lain berkaitan pergaduhan sebenar antara atlit-atlit WWE di luar gelanggang? Jika ada, jangan segan-segan untuk berkongsi di ruangan komen di bawah ye.

Sumber: Sportskeeda

Baca lagi: 4 Bukti Bahawa WWE Bukan Lakonan Semata-mata

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *