8 Kata-Kata Motivasi Daripada Michael Phelps Yang Boleh Memberi Semangat

Seluruh dunia pasti sudah mengenali Michael Phelps, perenang unggul dari Amerika Syarikat ini. Kini, beliau sedang beraksi di Olimpik Rio 2016 dan sedang berusaha untuk mendapatkan pingat emasnya yang kelima dalam temasya kali ini. Namun begitu, secara keseluruhannya buat masa ini, Michael Phelps sudah mengumpulkan 26 pingat emas olimpik dan ini adalah satu pencapaian yang menakjubkan!

Oleh kerana kejayaan hebat yang dimiliki oleh Michael Phelps ini, kami di Mensive telah mengumpulkan 8 kata-kata motivasi daripada beliau yang boleh anda ambil iktibar untuk terus memberi semangat agar anda dapat mencapai apa yang diingini.

8 kata-kata motivasi

Kredit foto: abcnews.go.com

Nombor #1

“Matlamat tidak sepatutnya sesuatu yang mudah. Ia sepatutnya sesuatu yang akan memaksa anda berusaha kuat dan anda sepatutnya tidak mudah rasa selesa dengan keadaan tersebut.”

Nombor #2

“Jika anda mahu jadi yang terbaik, anda perlu buat perkara yang orang lain tak mahu buat.”

8 kata-kata motivasi

Kredit foto: www.thepoliticalinsider.com

Nombor #3

“Saya nak uji sejauh manakah kemampuan saya dan lihat setakat mana yang saya mampu buat.”

Nombor #4

“Saya nak, sampai satu masa apabila saya lihat semula apa yang sudah berlalu, saya akan berkata, saya sudah berusaha sedaya upaya setakat mana yang saya mampu dan saya sudahpun berjaya. Saya tidak mahu lihat semula apa yang sudah berlalu dan menyesal dengan mengatakan saya perlu buat itu, saya perlu buat ini dan sebagainya.”

8 kata-kata motivasi

Kredit foto: www.usmagazine.com

Nombor #5

“Apabila saya temui sesuatu perkara yang saya sangat suka lakukannya, saya akan berusaha untuk lakukannya dan takkan mudah putus asa.”

Nombor #6

“Semua perkara yang anda buat tidak semuanya akan jadi sempurna. Apa yang anda boleh buat hanyalah terima keadaan itu dan cuba perbaiki kesilapan lalu.”

8 kata-kata motivasi

Kredit foto: olympics.si.com

Nombor #7

“Dalam perjalanan menuju kejayaan, akan ada orang yang mahu menghalang dengan mengatakan anda tidak boleh mencapainya. Untuk atasi semua ini anda hanya perlukan imaginasi. Anda ada impian, anda ada perancangan, maka anda akan mencapainya.”

Nombor #8

“Jika anda katakan anda ‘tidak boleh’, maka itu bermakna anda sedang melarang diri anda untuk melakukan apa yang sebenarnya anda boleh buat.”

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *