8 Ahli Sukan Yang Berada Di Puncak Karier Di Usia Tua

Tahukah anda bahawa ada bintang-bintang sukan terkenal yang mengecapi kejayaan mereka yang sebenarnya diperolehi pada usia yang agak lewat? Mereka tidak mencapai puncak karier pada usia muda seperti mana yang pernah dikecapi oleh Lionel Messi, Cristiano Ronaldo ataupun Le Bron James.

Walaupun berjaya agak lewat, hal ini sedikit pun tidak mencacat celakan prestasi mereka dikala usia yang semakin meningkat. Mereka tetap mampu menunjukkan daya kesukanan yang tinggi yang membantu dalam memberi persembahan yang mantap dalam sukan yang diceburi.

Perkara ini juga membuktikan bahawa, anda masih boleh berjaya dalam apa jua bidang yang anda ceburi selagi mana anda terus berusaha kuat seperti mana yang dilakukan oleh ahli-ahli sukan ini.

Tanpa membuang masa, jom kita sama-sama lihat 8 ahli sukan yang bermula lewat untuk menjadi bintang terkenal dalam sukan masing-masing.

sport-1

#8. Michael Hussey

Mula bermain kriket di peringkat antarabangsa pada tahun 2005 semasa berusia 30 tahun. Selepas 10 tahun menunggu, barulah pemain yang berasal dari Australia ini dipanggil untuk beraksi dengan skuad kebangsaan Australia pada tahun 2005.

Hussey bersara dalam sukan kriket peringkat antarabangsa semasa usianya mencecah 37 tahun pada tahun 2013 tetapi beliau masih lagi bermain dalam Indian Premier League (IPL).

sport-2

#7. Didier Drogba

Mula menjadi terkenal apabila Drogba bermain untuk Chelsea pada tahun 2004. Pada ketika itu, Drogba sudah berusia 26 tahun. Para penyokong Chelsea telah melabelkan Drogba sebagai pemain terhebat kelab sepanjang zaman.

Beliau bermain untuk Chelsea selama 8 tahun bermula dari tahun 2004 sehingga 2012. Sudah bermain sebanyak 226 kali untuk Chelsea dan menjaringkan 100 gol. Drogba juga dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Afrika dua kali pada tahun 2006 dan 2009.

sport-3

#6. Stanislas Wawrinka

Pemain tenis yang berasal dari Switzerland ini seringkali dibayangi oleh seorang lagenda tenis yang juga berasal dari Switzerland iaitu Roger Federer. Namun begitu, pada tahun 2014, Stanislas Wawrinka berjaya meletakkan dirinya sebagai pemain tenis terbaik dunia apabila berjaya memenangi grand slam pertamanya apabila mengalahkan Rafael Nadal dalam Kejohanan Tenis Terbuka Australia.

Selepas 13 tahun mencuba, barulah Wawrinka berjaya keluar daripada bayangan Roger Federer yang juga rakan regunya semasa memenangi emas dalam acara tenis di Olimpik Beijing. Kini beliau ada kejayaan individu yang boleh dibanggakan walaupun memperolehinya lewat.

Baca lagi: Apakah Maksud T36 Dan F/T20 Dalam Sukan Paralimpik?

ads-beard-oil

Stockholm 1912 OG, Shooting - Oscar SWAHN (SWE) 3rd in individ. running deer 2 shot, 5th single shot and 1st in team.

#5. Oscar Swahn

Ahli sukan dalam acara menembak ini masih lagi kekal dalam buku sejarah sukan olimpik apabila beliau menjadi peserta paling tua yang pernah menyertai sukan olimpik. Oscar Swahn menyertai olimpik musim panas di Antwerp pada tahun 1920 semasa beliau berusia 72 tahun.

Pada Olimpik Musim Panas London 1908, Swahn telah memenangi 2 pingat emas dan 1 gangsa. Pada tahun 1912, dalam sukan olimpik di Sweden, beliau telah memenangi 1 emas dan 1 gangsa. Pada tahun 1920 pula, Swahn sekadar mendapat pingat gangsa.

ahli sukan

Kredit foto: thefa.com

#4. Rickie Lambert

Rickie Lambert berusia 30 tahun semasa beliau membuat penampilan kali pertama dalam Liga Perdana Inggeris. Pada ketika itu, beliau bermain untuk kelab Southhampton pada tahun 2012. 2 tahun kemudian, Lambert berhijrah ke Liverpool.

Lambert juga pernah beraksi bersama skuad kebangsaan England di mana beliau membuat kemunculan pertamanya sewaktu menentang Scotland dalam perlawanan persahabatan. Dalam perlawanan pertama ini juga, Lambert berjaya menjaringkan gol antarabangsanya yang pertama. Kini Lambert bermain untuk Cardiff City.

ahli sukan

#3. Li-Na

Pada bulan Jun 2011, pemain tenis Li Na telah mencipta sejarah apabila menjadi pemain pertama Asia yang memenangi grand slam dalam acara single apabila beliau mengalahkan Francesca Schiavone. Pada ketika ini, Li Na sudahpun berusia 29 tahun.

Semasa beliau berusia 32 tahun, Li Na membuat satu lagi kejutan apabila memenangi grand slam yang kedua dalam Kejohanan Tenis Terbuka Australia selepas mengalahkan Dominika Cibulkova.

Baca lagi: 12 Pemain Bola Sepak Yang Mempunyai Jambang Yang Super Cool

ads-facial-bar

ahli sukan

Kredit foto: usatoday.com

#2. Steve Nash

Walaupun bermula lewat dalam sukan bola keranjang, Steve Nash tetap menjadi lagenda dalam NBA. Beliau mencapai kemuncak kariernya bermula pada umur 30 tahun. Beliau mendapat gelaran Most Valuable Player (MVP) dua tahun berturut-turut yakni pada usianya 31 dan 32 tahun.

Walaubagaimanapun, disebabkan sering mendapat kecederaan ketika bermain, Steve Nash telah mengumumkan persaraannya pada usia 41 tahun selepas 19 tahun beraksi dalam NBA.

ahli sukan

Kredit foto: espn.com

#1. Fauja Singh

Fauja Singh yang kini sudah berusia 105 tahun masih lagi aktif bergelar sebagai pelarmarathon. Beliau sudah memiliki beberapa rekod termasuklah menghasilkan rekod dunia dalam kategori pelari seusianya.

Sejak kematian orang-orang yang disayanginya iaitu anak dan isterinya, beliau telah berazam untuk memfokuskan diri dalam acara larian marathon ini. Kejayaan terbaiknya ialah beliau berjaya menamatkan larian sejauh 42 kilometer dalam masa 6 jam 45 minit semasa berusia 9 tahun.

Jika anda sedang bermain dalam sukan yang anda minati dan belum mencapai puncak kejayaan, janganlah berputus asa. Jadikan cerita-cerita ahli sukan di atas sebagai sumber perangsang untuk anda mencapai kejayaan.

Adakah anda sendiri ada senarai atlit-atlit yang bermula lewat dalam sukan mereka tetapi berjaya mencipta kejayaan? Jika ada, mari kita bertukar-tukar pendapat. Tinggalkan senarai anda di ruangan komen di bawah ye.

Sumber info dan gambar: Sportskeeda

Baca lagi: Rambut 5 Pemain Bola Sepak Ini Kekal Bentuknya Walaupun Selepas Beraksi 90 Minit

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *