Lelaki Ni Tak Mahu Mewarisi Empayar Bapanya Yang Bernilai RM 540 Billion

 

Anak orang paling kaya di China enggan mewarisi kekayaan bapanya yang bernilai RM 540 billion hanya kerana dia ingin menjalani kehidupan seperti orang biasa. Wow!

Mungkin lebih memeningkan kepala bapanya, Wang Jianlin kerana Wang Sicong adalah anak tunggalnya. Pengasas dan pengerusi Kumpulan Dalian Wanda itu ingin menyerahkan pusat membeli belah, hotel, teman tema dan kelab sukan kepada anaknya itu.

“Saya berbincang dengannya mengenai rancangan menurunkan perniagaan dan dia berkata, tidak berminat hidup seperti saya,” kata Wang.

“Mungkin orang muda mempunyai minat mereka sendiri. Mungkin lebih baik saya serahkan perniagaan kepada pengurus profesional. Saya boleh duduk dan mengawasi mereka menguruskan syarikat,” kata Wang.

Siciong sebelum ini menjadi perhatian apabila dia membelikan sepasang jam Apple untuk anjingnya.

Jam Apple di China dijual pada harga antara RM4,620 hingga RM7,325 satu, lebih daripada gaji purata kakitangan awam sebulan.

Sumber: Harian Metro

BACA: Anak Lelaki Paling Kaya di China Beli 8 Buah iPhone 7 Untuk Anjingnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *