7 Tips Yang Bagus Untuk Cukur Jambang

283656476500309931_0p6nM7EU

Setiap pagi mesti ini jadi masalah untuk masa yang cukup-cukup untuk pergi bekerja. Untuk tidak terluka dengan diri sendiri di sini ada beberapa tip yang bagus untuk cukur jambang agar anda dapat tampil kemas sepanjang hari!

1. Persediaan sebelum mencukur 

Kemaskan permukaan pencukur untuk mengelakkan diri dari dijangkiti kuman yang boleh mengakibatkan bahagian tumbuhnya bulu berjerawat serta kemerah-merahan.

Tips ini  ditulis kerana kami inginkan hasil yang licin serta kulit muka yang ditumbuhi bulu itu lembut sahaja.

Untuk dapatkan hasil yang lebih aum! Selepas mandi, lap dahulu permukaan muka yang akan dicukur dengan tuala basah sehingga 1-2 minit. Berapa lama anda harus mengelap muka adalah tertakluk kepada ketebalan kulit muka anda itu sendiri.

Kemudian selepas anda dapat pastikan kulit muka anda itu bersih dan selesa, sapukan losyen pencukur agar apabila anda mencukur ianya akan mencukur serata serta licin tidak tersangkut-sangkut.

Sebenarnya trick ini adalah yang paling ramai orang lupa untuk buat, selalunya selepas membasuh muka anda terus ambil pencukur. Cuba beberapa kali pasti kesannya berbeza berbanding sebelum anda jadikan persediaan sebelum mencukur sebagai kebiasaan.

 

2. Bubuh Krim Pencukur

shaving-acne

theknowledgeplymouth.co.uk

Letakkan krim pencukur di telapak tangan, gunakan berus pencukur ketika menyapu krim ke muka agar nanti dapat memberi kesamarataan antara krim ke seluruh muka. Pilih krim yang mempunyai 1 bahan yang boleh berikan pencukur mencukur dengan lancar.

3. Berus gigi semasa menunggu

brushing-teeth-too-hard

minovidental.com

Selepas menyapu krim pencukur, selalunya anda harus menunggu lebih kurang 2 minit untuk melakukan langkah mencukur untuk menjimatkan masa. Anda boleh gunakan masa tersebut dengan memberus gigi. Selepas memberus gigi, krim pencukur itupun sudah meresap ke permukaan muka dan anda boleh mencukur dengan baik.

4. Pilih mata pisau

Untuk 100 tahun yang lalu, lelaki telah memilih 2 pilihan pencukur antaranya ialah pencukur yang selamat dengan pencukur yang lurus. Untuk dapatkan keberkesanan ketika mencukur pilih pencukur yang lurus kerana sudah biasa anda dengar dengan pencukur tersebut kerana ketajaman yang ada pada mata pisau itu.

5. Mencukur peringkat 1

shaving

www.popsugar.com

Mencukur mengikut tempat tumbuhnya bulu adalah yang terbaik. Contoh jika bulu anda tumbuh ke hadapan, anda boleh mencukur dari hadapan agar bulu yang dicukur dapat dicukur secara habis-habisan.

 

6. Mencukur peringkat 2

Happy middle aged man using razor to shave

menshair.about.com

Konsepnya adalah mencukur sebanyak dua kali kerana pada cukuran pertama mustahil dapat dicukur habis-habisan. Oleh yang demikian timbul konsep di mana bagi cukuran kedua kita harus meng – apply tips kedua sekali lagi.

Setelah mencukur bilas muka dengan air agar kulit anda dapat kembali bernafas.

7. Gunakan aftershave

 

AfterShave_4oz_2048_Rev1

brickellmensproducts.com

Selepas mencukur gunakan aftershave ke bahagian yang telah dicukur untuk mendapatkan hasil yang lembut dan menyegarkan.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *