7 Tip Memilih Seluar Ke Pejabat. No 5 Ramai Yang Tidak Buat

Amadscaffolding

Selain baju, seluar juga merupakan item penting dalam pemakaian. Sebagai contoh jika lelaki plus size yang mempunyai bahagian depan yang menonjol memakai seluar dari jenis tappered cut beliau akan kelihatan seperti bola besar berjalan. Ini kerana bahagian kaki yang kecil akan menonjolkan lagi bahagian tengah badan. Mari kita lihat tip memilih seluar pejabat ini.


1. Tidak betul menggunakan cara mengukur seluar di leher

Ramai lelaki yang menggunakan teknik ini. Walaupun teknik ini mungkin berkesan bila kita masih budak-budak, membeli seluar untuk orang dewasa lain kaedahnya.

2. Pilih seluar ikut saiz pinggang yang betul

Mengetahui ukuran pinggang yang betul adalah kaedah yang tepat. Ini bertepatan dengan pepatah Melayu, ukur baju di badan sendiri. Maka untuk seluar, ukur seluar di pinggang sendiri.

3. Panjang seluar seeloknya mencecah tapak kasut

Salah satu panduan untuk seluar yang baik adalah kedutan pada kaki seluar hanya mempunyai satu keduatan apabila kaki seluar mencecah kasut. Jika seluar senteng nanti jadi badut pula. Heh!

Real Men Real Style

4. Jika tuan-tuan berbadan besar seeloknya seluar ada pleat.

Pleat atau lipatan pada bahagian atas seluar mempnyai fungsi memberikan ruang kepada pemakai. Terutamanya apabila duduk. Untuk lelaki plus size, disarankan untuk memakai seluar yang mempunyai pleat sama ada satu atau dua.

5. Apabila membeli pastikan tuan memakai seluar yang ingin dibeli dan cuba duduk, mencangkung dan berjalan-jalan untuk memastikan seluar tersebut fit dengan tuan-tuan.

Ini penting dan ramai yang tidak buat. Seringnya apabila membeli seluar, lelaki hanya akan pastikan saiz pinggang dan panjangnya fit. Ini tidak cukup. Seeloknya apabila mencuba seluar cuba bergerak sebanyak mungkin. Ini akan memberitahu kita sama ada seluar itu benar-benar sesuai dengan kita.

6. Jika tuan-tuan berbadan besar seeloknya beli seluar dengan potonganlurus.

Ini untuk memberikan keseimbangan kepada lelaki plus size. Memakai seluar berpotongan lurus (straight cut) akan menyeimbangkan bahagian atas badan dan bahagian bawah badan. Maka tidak lah nanti bahagian tengah badan itu terlalu menonjol.

7. Tempah seluar. Ini yang terbaik kerana tentunya seluar tersebut akan mengikut saiz dan bentuk badan.

Sememangnya pakaian yang ditempah adalah sempurna. Pakaian diukur mengikut bentuk badan pastinya sangat sesuai dengan pemakai. Jika ada peluang, tempah lah sekurang-kurangnya sehelai seluar kerja. Pasti rasanya berbeza.

Selamat bergaya!

Baca : 4 Kesilapan Penjagaan Jambang Yang Sering Dilakukan oleh Lelaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *