7 Tip Lelaki Berjambang

Tips kali ini sesuai untuk lelaki yang baru mula berjambang, memang sudah ada jambang ataupun nak ada jambang.

Trend berjambang kini semakin mendapat hati di kalangan lelaki yang mahukan gaya maskulin dan lebih sexy katanya, perempuan juga cenderung meminati lelaki berjambang.

Bagaimanapun, Jambang pun jambang juga, tapi jangan lupa, sehalus mana pun jambang kita tetap ada cara penjagaannya supaya lebih nampak kemas dan bersih.

Disini, disertakan 7 tips untuk lelaki berjambang supaya nampak lebih kemas dan macho.

 

1. Potongan

cutting beard

Pastikan potongan jambang anda mengikut kesesuai muka atau keinginan anda sendiri, nipis, panjang, lebat, kerinting terpulang pada anda.

Nak potong sendiri atau kedai pun boleh, tapi pastikan jambang tubuh dengan lebat terlebih dahulu sebelum trim atau potong mengikut kehendak masing-masing ini kerana untuk mengelakkan jambang kelihatan tidak rata.

 

2. Jaga wajah

man washing face

Bagi yang sudah mempunyai jambang, pastikan anda rajin menjaga wajah anda, bukan apa tahu sangat lelaki ni bila bab kulit muka memang asal boleh saja.

Kena beringat, kulit yang bersih mengalakkan pertumbuhan bulu halus (take note siapa yang baru nak mula berjambang)

Jalani kehidupan yang sehat, tidur yang cukup kerana ada kajian mengatakan bulu gugur adalah kerana kehidupan seharian yang penuh stres dan tidak cukup rehat. Nak jambang lebat kena tidur cukup.

 

3. Syampoo

man looking to mirror

Nampak mudahkan tetapi ramai antara lelaki berjambang terlupa untuk membasuh jambang dengan bersih.

Sama macam rambut jambang juga harus dicuci mengunakan syampu, juga boleh diletak bersama perapi agar lebih lembut selepas dicuci.

beard oil

4. Trim

man trimming beard

 

Jambang ni pun macam-macam jenis juga ada yang lebat ada yang nipis, ini semua terpulang kepada pemilik jambang masing-masing, mengikut hormone testosterone kata orang putih.

Jambang yang lebat harus lah selalu trim bagi mengelakkan bercabang, serabut nak nampak selekeh dan bagi yang mempunyai jambang halus dan nipis tak bermakna anda tidak perlu trim, perlu! Bagi menjamin kekemasan jambang.

 

5. Sikat

moustache and beard

Lepas dah trim perlulah sikat supaya nampak lebih kemas dan cantik bentuknya. Bukan apa ia sebenarnya membuatkan orang sekeliling kita berasa tidak selesa dengan keserabutan jambang, cukup kita saja yang serabut đŸ˜›

Sikat guna jari pun boleh.

 

6. Minyak

mensive moustache and beard oil

Part ni paling penting, sama penting macam rambut, bukan rambut saja yang perlukan minyak tetapi jambang juga perlukan minyak. Untuk apa? Tentulah kekemasannya.

Percayalah, minyak jambang dapat membantu jambang lebig kemas, lebat dan cantik. Selain itu juga, minyak khusus buat jambang dapat membantu pertumbuhan jambang, tak perlu lagi mencukur bagi melebatkan jambang đŸ˜› mitos tu.

 

7. Makanan tambahan

nuts and almond

Tidak hanya cukup dengan minyak, cara pemakanan kita juga boleh effect kelebatan jambang, untuk mempunyai bulu yang lebat amalkan pemakanan yang mempunyai  Vitamin B1, B6 dan B12 kerana ianya membantu pertumbuhan bulu dengan cepat,

Juga jangan lupa makan makanan yang berprotein kerana protein juga membantu meransang pertubuhan bulu. Ps/ kekacang mempunyai sumber protein yang banyak.

 

Last but not least, jangan lupa amalkan memakan sayur dan buah buahan ini kerana bukan sahaja tubuh badan bulu juga tidak akan tumbuh tanpa nutrisi yang sihat.

 

*sumber gambar dari Google

 

join us

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *