7 Tip Bercuti Di Luar Negara Secara Berseorangan

Sememangnya, hidup tanpa kawan pasti anda akan merasa bosan. Tidak ada teman nak berborak, tiada tempat nak mengadu, malah kalau nak buat aktiviti macam main futsal pun tak boleh kalau tak ada kawan kan? Tapi, untuk aktiviti kali ini, kami nak mencadangkan supaya anda lakukannya seorang diri.

Mungkin sudah tiba masa untuk anda memahami apakah itu erti kehidupan. Belajar dan alamilah apa yang berlaku di luar negara selain daripada Malaysia. Cuba hidup berseorangan di luar negara tanpa teman dan rasakan nikmat sebuah kehidupan.

Oleh sebab itulah kami di Mensive ingin membantu anda dengan memberikan anda 7 tip bercuti di luar negara secara berseorangan. Semoga dengan tip yang diberikan ini dapat memudahkan urusan anda dan seterusnya membolehkan anda merasai pengalaman hidup yang lebih hebat.

Tip Bercuti Di Luar Negara Secara Berseorangan

Kredit foto: pacsave.com

Syarat utama: Jangan Takut

Yup, inilah syarat utama untuk anda bercuti di luar negara secara berseorangan. Jangan takut. Sebenarnya, apabila anda bercuti di luar negara, kos perbelanjaan akan menjadi lebih murah dan percutian anda menjadi lebih menyeronokkan kerana anda tidak terikat dengan sesiapa pun untuk pergi ke mana-mana yang anda suka. Lagipun, dengan bercuti seorang dirilah anda dapat merasai pengalaman hidup di negara orang yang sangat menakjubkan.

tip bercuti di luar negara secara berseorangan

Kredit foto: skyscanner.com

Pembelian tiket kapal terbang

Untuk memastikan anda membeli tiket kapal terbang pada bajet yang rendah, rajin-rajinkanlah diri membuat pencarian harga tiket yang murah. Sertai group backpackers seperti di Facebook untuk mengetahui tentang harga tiket kapal terbang yang murah kerana ahli-ahli dalam group itu sangat suka berkongsi maklumat. Selain itu, anda juga boleh membuat carian di website Skyscanner di mana website itu akan memberikan info tentang kos penerbangan ke luar negara bermula dari yang murah hingga ke yang mahal.

tip bercuti di luar negara secara berseorangan

Kredit foto: yusainimohdyusof.com

Buat persediaan sendiri

Lakukan semua persediaan untuk anda ke luar negara secara sendiri. Tidak perlu menggunakan khidmat orang lain untuk memudahkan urusan anda. Belajar sendiri bagaimana nak memohon visa di mana anda boleh pelajarinya hanya melalui internet. Dari sini, anda dapat menimba pengalaman dan mungkin suatu hari nanti anda pula boleh membuka ejensi pelancongan sendiri kerana sudah tahu langkah-langkah persediaan dari A sampai Z.

tip bercuti di luar negara secara berseorangan

Kredit foto: hotel-r.net

Tempat penginapan

Sebelum sampai ke tempat yang anda tuju, adalah lebih baik anda membuat carian hotel-hotel yang ingin anda diami. Tidak perlu hotel yang mahal kerana anda ke luar negara bukan untuk menikmati kecantikan hotel, tetapi lebih kepada mengembara dan menikmati keindahan negara orang. Cukuplah sekadar menempah hotel yang membolehkan anda berehat, mandi dan menukar pakaian.

tip bercuti di luar negara secara berseorangan

Kredit foto: cnbc.com

Jangan terlalu berat

Apa yang jangan terlalu berat? Maksudnya beg anda lah. Pastikan anda tidak membawa beg yang terlalu besar atau berat. Lebih baik anda bawa beg yang saiznya membolehkan anda bawa ia ke dalam pesawat. Ia dapat mengurangkan risiko kehilangan beg di samping memudahkan urusan untuk anda mengembara kelak. Selain itu, beg yang ringan juga dapat mengelakkan daripada dikenakan cukai.

tip bercuti di luar negara secara berseorangan

Kredit foto: money.usnews.com

Pengangkutan

Anda juga perlu membuat kajian tentang pengangkutan-pengangkutan yang akan digunakan di negara yang anda tujui. Elakkan daripada menggunakan teksi kerana kosnya lebih mahal. Anda boleh menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api dengan harga yang murah. Selain itu, kenalpasti stesen-stesen yang berdekatan dengan tempat yang anda ingin kunjungi supaya perjalanan anda lebih lancar.

tip bercuti di luar negara secara berseorangan

Kredit foto: havehalalwilltravel.com

Makanan dan minuman

Bagi yang beragama Islam, soal makan dan minum haruslah dititikberatkan. Jadi, anda perlu kenalpasti tempat-tempat makan yang halal agar anda dapat menjamu selera tanpa was-was. Selain daripada itu, anda juga boleh bawa makanan dari Malaysia yang tahan lama seperti mi segera. Makanan seperti ini jangan lupa bawa kerana kedai makan halal di negara luar tak sebanyak di Malaysia. Nanti, boleh kebuluran pula anda sebab tak makan.

Baca Lagi: 13 Hobi Yang Paling Pelik Di Dunia. Anda Nak Buat Mana Satu?

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.