7 Tip Bagaimana Menjadi Suami Yang Baik

Oleh kerana lelaki dan wanita memiliki perbezaan yang ketara, maka dua jantina ini harus memahami antara satu sama lain terutama sekali selepas bergelar suami isteri.

Oleh kerana blog ini lebih memfokuskan kepad kaum lelaki, maka kami sediakan 7 tip untuk kaum lelaki yang sudah bergelar suami supaya mereka dapat menjadi suami yang baik

 

1. Jangan Berkomunikasi Dengan Isteri Anda Sama Seperti Anda Lakukan Dengan Kawan Lelaki Anda

1

Lelaki apabila bersembang sesama mereka, mereka lebih cenderung untuk bercakap kasar, bernada tinggi dan tidak sensitif. Bagi mereka, ini adalah cara lelaki merapatkan hubungan mereka.

Walaubagaimanapun cara ini tidak sesuai digunakan apabila bercakap dengan isteri anda. Jika anda gunakan cara yang sama, mereka menganggap anda tidak hormati mereka.

Wanita mempunyai lenggok percakapan yang berbeza dan suami harus mempelajarinya agar dapat menjaga keharmonian rumah tangga.

 

2. Pastikan isteri anda tidak rasa seperti dikawal

2

Kebanyakan suami mahukan isteri menuruti apa yang mereka mahukan. Ini kerana suami mahu isterinya melihat sesuatu pada sudut pandang fikirannya.

Walaubagaimanapun bagi isteri, apabila suami melakukan begitu ia lebih kepada mengawal mereka. Ya, mungkin si isteri mengalah dengan kemahuan suami, tapi bukan bermakna dia setuju. Tindakannya lebih kepada kerana tidak mahu wujudnya pergaduhan.

Untuk memastikan isteri tidak rasa dikawal, apa yang suami boleh lakukan ialah, ambil kira perasaan isteri juga apabila mahu mereka mengikut kemahuan suami.

 

3. Isteri mahu suami yang romantik

3

Menurut kajian, 27% para isteri berasa tidak puas dengan hubungan seksual mereka. Mereka menyatakan hubungan seksual itu kini cumalah rutin dan sudah menjadi sesuatu yang membosankan.

Kepuasan seksual lelaki berbeza dengan wanita. Lelaki lebih puas berdasarkan kekerapan mengadakan hubungan seksual, tetapi tidak bagi wanita.

Wanita lebih puas apabila hubungan seksualnya diselitkan dengan emosi. Suami sepatutnya menjadikan isterinya bangga dengan dirinya. Sentiasa bertukar-tukar posisi, wujudkan kelainan. Sentuh hatinya dahulu di samping memberikan aksi terbaik di ranjang.

mens grooming

4. Jadilah pendengar yang baik

4

Maksud menjadi pendengar yang baik ialah, apabila isteri anda bercakap, jangan menyampuk. Apabila isteri anda bercakap, cuba fikirkan, apakah perasaannya saat dia bercerita kepada anda? Paling penting, tanya kepada diri anda, apakah perkara yang sebenarnya yang isteri anda mahu anda fahami?

Seboleh-bolehnya, luangkanlah masa dalam 30 minit ke sejam untuk bersembang dengan isteri anda. Pastikan tiada gangguan semasa bersembang tu. Smartphone anda letak tepi dahulu. TV pun tutup. Fokus kepada isteri anda sahaja dan percayalah, hubungan rumahtangga anda akan jadi lebih baik.

 

5. Luangkan masa sebanyak mungkin

5

Isteri sebenarnya lebih suka luangkan lebih banyak masa dengan suaminya. Tetapi kebanyakan suami pula lebih gemar luangkan lebih banyak masa dengan kawan-kawannya.

Hal ini akan menyebabkan isteri berasa terpinggir kerana suami sendiri tidak mahu luangkan masa bersamanya. Dikhuatiri juga si isteri akan berlaku curang dengan mencari teman lain di luar.

Tidak salah jika suami mahu meluangkan masa bersama rakan-rakan, tetapi berpada-padalah kerana isteri adalah keluarga dan juga orang yang penting dalam hidup si suami.

 

6. Beri sokongan bukan arahan

6

Jika isteri anda meluahkan perasaannya kepada anda tentang perkara yang membuatkannya tidak puas hati, jangan sesekali berikan cara untuk mengatasi hal itu ataupun berkata padanya, “Pandai-pandailah setel sendiri.”

Sebaik-baiknya dengarlah dengan baik apa yang ingin dikatakan oleh isteri anda. Apabila dia meluahkan, letakkan diri anda di tempatnya agar anda dapat merasai apa yang dia rasakan.

Anda hanya perlu bagi pandangan apabila isteri anda minta, jika tiada, anda cuma perlu dengar sahaja. Biar dia rasa anda memahami situasinya. Dengan ini dia akan rasa anda memang menyokong tindakannya.

 

7. Sentiasa berubah

7

Suami atau isteri, kedua-duanya tidak sempurna. Masing-masing ada kelemahan. Walaubagaimanapun, ini tidak boleh dijadikan alasan bilamana berlaku konflik rumahtangga.

Andainya suami tahu kelemahan sendiri yang tidak disukai isteri, cubalah untuk berubah. Bukanlah secara drastik, tapi perlahan-lahan. Lagi elok jika perubahan itu disedari isteri kerana hal ini akan menggembirakan hati mereka.

 

*sumber gambar dari Google

 

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *