7 Tiket Konsert Yang Habis Dijual Dalam Masa Yang Pantas: Sepantas 44 Saat

Seandainya sesebuah kumpulan muzik, atau sekumpulan pelakon ataupun artis perseorangan mempunyai peminat yang setia dan fanatik, pastinya mereka akan sanggup lakukan apa sahaja demi untuk melihat artis-artis kesayangan mereka secara langsung. Inilah yang telah terjadi pada persembahan-persembahan secara langsung dan juga konsert yang diadakan oleh para artis ini pada tiket-tiket persembahan mereka yang habis dijual dalam masa yang sangat singkat. Jom kita sama-sama lihat 7 tiket konsert yang habis dijual dalam masa yang pantas.

tiket konsert yang habis dijual dalam masa yang pantas

Kredit foto: Los Angeles Times

Rolling Stones

Kumpulan muzik rock terkenal, Rolling Stones, berjaya menjual tiketnya sebanyak 75,000 dalam masa 51 di mana mereka terpaksa menambah lagi satu hari persembahan di Paris untuk memenuhi permintaan peminat untuk konsert ’14 on Fire Tour’ mereka. Walaubagaimanapun, tour ini terpaksa dibatalkan kerana menghormati kematian kekasih Mick Jagger iaitu L’Wren Scott.

Kredit foto: Singersroom

Beyonce Knowles

Kesemua tiket untuk persembahan konsert Beyonce di UK berjaya dihabiskan dalam masa 12 minit sahaja. Konsert yang diberi nama ‘Mrs Carter Show World Tour’ ini telah menyebabkan ramai peminat Beyonce berasa kecewa dengan berita kesemua tiket yang sudah habis dijual.

Kredit foto: Blog

The Stone Roses

The Stone Roses, sebuah kumpulan muzik dari UK ini berjaya menjual 220,000 tiket dalam masa 68 minit untuk konsert mereka di Heaton Park, Manchester. Di sebabkan tiket konsert mereka habis dengan sangat cepat, mereka telah menambah satu hari lagi untuk membuat persembahan dan sekali lagi jualan untuk konsert tambahan itu turut habis dengan pantas sekali.

Baca lagi: 4 Rock Band Ini Diarahkan Oleh Penganjur Untuk Menipu Tetapi Penganjur Pula Yang Ditipu

Kredit foto: Telegraph

Led Zeppelin

Kumpulan muzik rock ini berjaya menjual kesemua 21,000 tiket untuk persembahan mereka di Madison Square Garden pada tahun 1997 tanpa membuat sebarang pengiklanan. Pada tahun 2007, konsert Led Zeppelin di O2 menjadi konsert yang paling banyak mendapat permintaan peminat apabila lebih daripada 20 juta orang yang mahu membeli tiket konsert secara online.

Kredit foto: West End Wilma

Monty Python Live

Monty Python adalah sebuah sekumpulan artis dari UK yang membuat persembahan komedi. Kumpulan ini yang membuat comeback pada tahun 2013 berjaya menjual kesemua tiket hanya dalam masa 44 saat. Malah, persembahan Monty Python ini perlu ditambah beberapa hari lagi untuk memenuhi permintaan peminat.

Kredit foto: Kate Bush News

Kate Bush

Kate Bush, seorang penyanyi terkenal dari UK telah membuat kemunculan semula dengan mengadakan konsert beliau yang bertajuk ‘Before The Dawn Tour’. Konsert ini berlangsung selama 22 hari di Hammersmith Apollo London. Tiket-tiket untuk konsert selama 22 hari ini berjaya dijual sehingga habis hanya dalam masa 15 minit.

Kredit foto: Zulal Muzik

U2

Kumpulan muzik rock yang diketuai oleh vokalis Bono ini berjaya menjual sebanyak 7.2 juta tiket dalam masa seminit sahaja untuk semua venue. Konsert ini bermula pada tarikh 30 June 2009 dan berakhir pada 30 Julai 2011 di mana mereka telah mengadakan sebanyak 110 persembahan demi memenuhi kehendak peminat.

Baca lagi: 5 Lagu Ini Menjadikan 5 Artis Ini Mendapat Kejayaan Ekspres Pada Tahun 2000

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *