7 Tanda Anda Terlebih Mengambil Gula

Sumber gambar: healthylifeadviser.com

Gula adalah manis, tetapi kita semua mempunyai kecenderungan untuk mengambilnya dengan banyak. Disebabkan itu, artikel kali ini akan membincangkan tujuh tanda-tanda daripada badan kita yang akan mendedahkan bahawa kita makan terlalu banyak gula!

1. Keletihan & tenaga kurang

  • Perasaan letih berterusan atau kelesuan adalah merupakan salah satu daripada tanda-tanda besar bahawa anda mengambil terlalu banyak gula dalam diet anda.
  • Walaupun makanan yang bergula tinggi boleh memberikan anda rangsangan karbohidrat yang besar dan meningkatkan tenaga untuk sementara, tetapi risiko untuk mengalami serangan mengejut tetap tinggi. Keletihan sepanjang masa boleh menjadi tanda bahawa sudah tiba masanya untuk meneliti semula diet anda untuk melihat jika anda makan (atau minum) terlalu banyak gula.

2. Mengidamkan gula/karbohidrat

Sumber gambar: jamieoliver.com

  • Jika anda mendapati diri anda obses untuk merasai kemanisan makanan ringan yang bergula setiap hari, kemungkinan bahawa anda telah ketagihan terhadap gula.
  • Pengambilan gula boleh membina rantai reaksi (chain reaction) yang meningkatkan keinginan pengambilnya terhadap gula kerana kemanisan gulanya yang tinggi yang boleh membuatkan pengambilnya ketagihan terhadap makanan manis. Jika anda merasakan bahawa diri anda tidak lengkap tanpa gula atau karbohidrat dalam diet anda setiap masa, itu bermakna bahawa anda telah berada di ambang ketagihan gula yang mendalam.

3. Kerap selsema

  • Jika anda mendapati diri anda jatuh sakit lebih kerap daripada kebiasaannya, ia boleh menjadi tanda bahawa anda mempunyai gula yang berlebihan dalam diet anda.
  • Pengambilan gula yang terlalu banyak boleh melemahkan sistem imuniti badan anda dan membuatkan keupayaan semula jadi badan anda untuk melawan selsema, virus selesema, dan juga penyakit kronik menjadi lebih lemah daripada yang sepatutnya.

4. Pemikiran anda menjadi kabur/kusut selepas makan

Sumber gambar: bebrainfit.com

  • Kekaburan atau kekusutan pemikiran ini merupakan gejala yang biasa bagi mereka yang mengalami masalah gula rendah dalam darah. Apabila anda mengambil banyak gula, tahap gula dalam darah anda akan meningkat dengan cepat dan menurun secara mendadak.

5. Tiada apa-apa rasa yang manis seperti dulu

  • Apabila lidah anda memerlukan banyak gula untuk merasai sesuatu yang telahpun manis, ia boleh menjadi suatu kesukaran untuk mengurangkan semula kepada tahap asas anda. Walau bagaimanapun, jika anda mengurangkannya pada mulanya lagi, anda akan dapat mengawal pengambilan gula dalam makanan dan akan lebih berhati-hati dengan kadarnya dalam diet anda.

6. Masalah kulit dan kaki (termasuk lingkaran hitam di bawah mata anda)

Sumber gambar: skinspecialist.sg

  • Gula mempunyai kesan radang pada badan apabila ia dimakan, jadi ia juga boleh menyumbang kepada masalah keradangan kulit.
  • Jika anda mendapati diri anda mengalami jerawat, rosacea, ekzema atau kulit berminyak dan kering, mungkin gula adalah puncanya. Sesetengah orang mendapati bahawa mengurangkan gula dalam diet mereka dapat memperbaiki masalah kulit mereka (tidak dinyatakan keseluruhan kesihatan).
  • Menurut Dr. Sherri Greene, pakar podiatri di New York City, gula juga boleh memberi kesan radang pada kaki anda. Keradangan ini boleh muncul di kaki anda sebagai plantar fasciitis , yang menyebabkan kesakitan terhadap lapisan tisu tebal yang terdapat di seluruh bahagian bawah kaki anda, dalam tumit anda, atau di bahagian lain kaki anda.

7. Berat Badan Naik

  • Gula berlebihan bermaksud kalori yang berlebihan, dan oleh kerana ia tidak mempunyai protein atau serat, ia tidak mengenyangkan anda (jadi anda hanya akan terus memakannya). Ia juga akan mencetuskan penghasilan insulin, hormon yang memainkan peranan yang penting dalam berat badan. Apabila kita makan gula, pankreas akan mengeluarkan insulin yang membawa gula ke organ-organ badan kita supaya ia boleh digunakan untuk tenaga.
  • Lebih banyak gula yang anda ambil atau makan, lebih banyak insulin akan terhasil sehingga ia akan menyebabkan kepada rintangan insulin. Rintangan insulin bermakna badan kita tidak boleh bertindak balas terhadap jumlah normal insulin dengan betul dan oleh sebab itu gula tidak dapat digunakan untuk penghasilan tenaga.
  • Kenaikan berat badan di awal waktu kesan daripada pemakanan kalori yang berlebihan yang terdapat dalam gula adalah disebabkan oleh gangguan tindak balas insulin normal anda (ada hubungan antara rintangan insulin dan obesiti). Lebih-lebih lagi apabila pankreas bekerja secara overdrive untuk masa yang lama, anda berisiko besar untuk mengalami diabetes.

 

Baca Lagi: 7 Kebaikan Cuka Epal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.