7 Perkara Yang Boleh Dilakukan Untuk Elak Barang Anda Hilang

Kehilangan barang adalah perkara yang patut dielakkan, apatah lagi jikalau ianya melibatkan kunci, beg duit dan juga telefon anda.

Anda boleh tidak keruan dan hilang pertimbangan jika barang yang kami tuliskan di atas hilang. Kadang-kadang apabila barang kita hilang pun kita dah mula salahkan orang lain dan bagaimana boleh hilang.

Sedangkan kebanyakan masalah hilang barang ini terjadi disebabkan oleh diri sendiri.

Di sini kami sediakan 7 langkah bagaimana untuk tangani masalah kehilangan barang tersebut.

#1. Mempunyai tempat simpan khas barang penting

Pinterest

Setiap barangan peribadi harus disediakan kawasan khas untuk diletakkan dan disimpan. Dan sudah tentu, ianya kerja anda untuk sediakan semua itu. Simpan di atas almari depan pintu ataupun di dalam bilik dekat dengan lampu supaya mudah anda mencari jika waktu malam. Simpan di tempat yang mudah anda lihat dan senang untuk dicapai.

Tapi jangan pula anda simpan di tempat yang anda selalu lalu ataupun tetamu kerana jika diletakkan di situ dikhuatiri hilang. Cari rumah baru bagi setiap barangan penting anda supaya anda dengan mudah dapat mencari barang jika perlukan dalam keadaan segera. Latih diri anda untuk letak setiap hari di tempat yang telah dikhaskan.

#2.  Pastikan rumah anda dalam keadaan bersih

Woman doing chores in bathroom, cleaning tap

Apa perasaan anda jika anda harus menyelongkar sampah semata-mata mahu mencari dokumen yang anda terbuang? Itu sudah pasti bukan pengalaman yang menyeronokkan.

Tiada sesiapa yang suka bermain dengan sampah, tapi itu yang akan terjadi jika anda tidak rajin mengemas rumah dan pastikan keadaan rumah dalam keadaan teratur.

Dan belajar untuk asingkan dokumen penting di tempat lain dan jangan disamakan dengan dokumen yang anda ingin buang.

Jangan anda ambil mudah kegunaan almari, ataupun drawer menyimpan dokumen kerana sifat mereka yang menyimpan memudahkan lagi kerja anda.

#3.  Pastikan ada Plan B

Panik Design

Siapa sahaja yang ingin kehilangan kunci, ataupun mengalami kecelakaan jalan raya. Semua perkara itu tidak mungkin boleh kita elak tetapi apa yang kita boleh lakukan sekarang adalah persediaan bagi kejadian tidak diingini. Contoh terbaik adalah mengambl insuran, dan mengadakan kunci pendua kepada kunci-kunci anda.

#4. Buat persediaan sehari sebelum

Pastikan anda mengemas barangan yang penting sehari sebelum ini kerana untuk mengelakkan keesokan paginya anda akan lebih banyak kerja yang perlu dilakukan. Jika anda sudah mengemas beg, pasti kerja anda akan menjadi lebih ringan.

#5. Sentiasa ‘double check’

Property Report

Setiap kali anda keluar dari menaiki kapal terbang, keluar dari teksi ataupun keluar dari keretapi pastikan anda memeriksa poket dan beg yang diisi barangan penting. Selalu ‘double check’ barang peribadi anda.

Tidak apa jika digelar paranoid daripada menyesal di kemudian hari.

#6. Fail  dokumen penting

BSOSC

Bagi bil-bil yang telah anda bayar boleh anda failkan di fail yang telah tersedia, asingkan dengan kertas-kertas lain agar nampak lebih teratur. Bagi dokumen kerja, asingkan dengan fail yang lain. Biarlah banyak fail, asalkan anda dapat mencari kembali jika diperlukan.

#7. Jadikan tabiat

Untuk berubah bukan hari ini kita cakap esok kita boleh berubah, perkara sebegini memerlukan masa. Daripada kebiasaan kita yang bertahun letak barang bersepah kepada menjadi seorang yang teratur memang makan masa. Namun begitu anda boleh cabar diri untuk menjadi yang berbeza dalam masa sebulan. Komen di bawah!

Sumber: Real Men Real Style

BACA: Cara Mudah Untuk Berhenti Dari Masalah Kehilangan Kunci

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *