7 Masalah Yang Di Hadapi Lelaki Berpenampilan Menarik

Berpenampilan menarik memang banyak kebaikannya. Anda akan kelihatan berkeyakinan dan sangat konfident ye apabila berhadapan dengan orang. Anda juga seringkali dipuji tentang gaya anda apabila berada di majlis keraian ataupun ketika keluar makan tengahari. Perempuan juga jangan cakaplah pasti ramai yang memerhati anda untuk dijadikan calon.

Dengan penampilan yang menarik tentulah datangnya juga kerja keras.

Anda harus menerima sakitnya terkena duri tajam untuk melihat keindahan bunga ros, begitulah perumpamaan yang boleh dikaitkan.

Baca di bawah tentang betapa sukarnya berpakaian kemas sekarang.

7 Masalah Yang Di Hadapi Lelaki Berpenampilan Menarik

The Art of Charm

1. Anda menerima terlampau banyak kata pujian

Contoh pujian ialah ‘anda kelihatan kacak’, ‘baju cantik beli mana?’, dan ‘anda kelihatan sempurna dengan pakaian ini’.

Anda yang dengar setiap hari mesti rasa sangat mesra bukan? Namun bukan senang tau untuk kekal merendah diri setelah menerima pujian yang positif saban hari.

Kadang-kadang terasa seperti artis pula apabila dipuji di laman sosial tentang penampilan anda sekarang. Tu anda mengambil langkah dengan tidak membalas pujian tersebut. Tetapi apa pula orang kata nanti kita sombong pulak ?

problems-1-768x244

2. Anda disangka pengurus kedai

Dah kemas berpakaian sedang elok pula anda berjalan ke pusat membeli belah kemudian disalah sangka pengurus kedai tu pula? Untuk tidak memanjangkan cerita anda janganlah menarik muka masam, tetapi sentiasa tersenyum.

Mereka yang tersalah sangka itu pasti akan memohon maaf, mereka juga akan berasa malu sendiri kerana salah orang. Yelah anda dengan pengurus kedai tidak jauh bezanya kan? heh.

7 Masalah Yang Di Hadapi Lelaki Berpenampilan Menarik

Tesco Careers

ads-facial-bar

3. Anda seringkali ditegur orang tidak dikenali

Dengan ada yang bahasakan diri anda ‘encik’ setiap kali masuk ke kedai, pasti anda sudah lali apabila diberi layanan kelas pertama hanya kerana pakaian anda yang menarik.

7 Masalah Yang Di Hadapi Lelaki Berpenampilan Menarik

4. Isteri atau teman wanita tidak mahu anda terlalu bergaya

Isteri mahupun teman wanita mana yang tidak cemburu apabila hanya anda seorang sahaja menerima layanan kelas pertama manakala mereka pula seolah-olah tidak wujud. Disebabkan sudah bosan dengan keadaan itu, anda disuruh tidak lagi terlalu bergaya apabila berjalan keluar. Perlu ke kita ikut kehendak mereka sedangkan apa yang kita pakai sekarang sudah selesa?

7 Masalah Yang Di Hadapi Lelaki Berpenampilan Menarik

 

5. Boss anda takut kehilangan anda

Apabila sudah berpakaian elok ada pula bos fikir anda ingin mencari pekerjaan lain, ada pula yang mengatakan anda ingin pergi ke temuduga. Yela gaya macam ada temuduga, boss tak tahu ke yang memang anda pakai macam tu? Oleh kerana takut kehilangan anda, bos anda telah offer anda untuk memberikan kenaikan gaji. Kenaikan gaji dapat, pakaian pun kelihatan segak, beruntung sungguh yang jaga penampilan ini.

7 Masalah Yang Di Hadapi Lelaki Berpenampilan Menarik

6. Mereka fikir anda kaya

Dengan berpakaian kemas pasti mereka fikir anda kaya kerana anda akan berjumpa kawan lama dan mereka melihat penampilan anda macam luar biasa jadi mereka meminta anda membayar bil minuman itu hanya kerana melihat penampilan anda yang seperti orang ada-ada.

7 Masalah Yang Di Hadapi Lelaki Berpenampilan Menarik

Malay Mail Online

ads-pomade_updated

7.Semua Orang Anggap anda serba tahu

Anda sudah penat dengan anggapan anda tahu segalanya. Untuk mengelakan dari salah faham berterusan berterus terang dengan mereka yang anda hanya pandai dari segi penampilan je. Yang lain tidak.

7 Masalah Yang Di Hadapi Lelaki Berpenampilan Menarik

Komen di bawah jika anda ada sebarang komen yang ingin dikongsi dengan para pembaca Mensive.

Join us_New

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *