Anda baru sahaja dapat berita gembira di panggil untuk temuduga, dalam hati dah fikir nak pakai baju apa kan? yela first impression amat penting bagi anda yang baru sahaja dapat panggilan temuduga, mereka pasti melihat dulu penampilan anda macam mana.
Tapi apa yang menyedihkan terjadi, pakaian anda tiba-tiba kelihatan sangat tidak normal, mungkin anda terlupa untuk membuat persediaan.
Begitulah serba sedikit cerita di saat dipanggil untuk temuduga, di sini pihak Mensive sediakan 7 masalah gaya kecil yang boleh membawa kepada masalah besar.
thetieguy.tumblr.com
Pergi ke pusat membeli belah pasti menjadi sangat mencabar kerana kita tidak tahu kedai mana yang akan membuat jualan murah. Itu antara taktik yang mereka lakukan untuk menarik pelanggan.
Jika anda seorang yang bijak pasti anda sudah tahu barangan apa yang anda perlukan dan tunggu hingga jualan murah berlangsung.
Untuk itu, tengok dulu barang apa yang ingin dibeli dan tunggu hingga jualan murah dilakukan. Pasti anda dapat menjimatkan duit lebih banyak.
Road Cycling UK
Cuba bayangkan anda perlu menghadiri majlis makan malam yang memerlukan anda memakai suit, dan juga berkasut kulit?
Apa akan jadi jika anda tidak melakukan persiapan. Untuk itu pastikan baju anda sudah digosok terlebih dahulu, dibuang habuknya dan juga pastikan kena dari atas hingga ke bawah pakaian anda.
Anda pasti tidak mahu kelihatan kekok di majlis tersebut bukan? Oleh itu pastikan persiapan dilakukan sehari sebelum majlis berlangsung.
Express
Minyak wangi merupakan identiti bagi seseorang. Anda boleh dikenali dari jauh dengan memakai minyak wangi tersebut.
Tapi jangan pula anda menyembur terlalu banyak sehingga bau satu bilik. Minyak wangi ini untuk dicari bukan untuk diberitahu.
Selain daripada itu juga, minyak wangi mempunyai bahan kimia yang boleh menyebabkan orang yang dekat dengan anda migrain.
Birchbox
Itu antara pilihan yang bijak penulis dapat gambarkan kepada lelaki yang memilih pakaian yang boleh disuai padan dengan banyak perkara.
Selain daripada menjimatkan masa, tenaga anda juga dapat dikurangkan setiap kali berada di situasi di mana harus memilih baju untuk dipakai setiap hari.
Memang ramai yang memilih untuk membeli kasut di ‘bundle’, memang benar kasut yang dijual dari jenama yang terkenal.
Bagaimana pula bagi mereka yang sanggup membeli baju murah tanpa memikirkan kualiti apabila memakai.
Tidak perasan ke baju yang murah ni selalunya tidak mempunyai kualiti dan cepat sahaja rosak.
Oleh itu anda harus fikirkan untuk melabur sedikit duit asalkan barangan yang dibeli tahan lebih lama dan berkualiti.
FashionBeans
Ramai sedia maklum penjagaan bagi baju yang ada kualiti bukan mudah. Anda harus menjaga dengan lebih berhati-hati.
Untuk itu biasakan diri untuk membasuh tangan agar fiber di baju itu tidak terhakis.
Rendam baju dengan air sejuk agar kualiti baju itu dapat dijaga.
Pastikan anda pergi ke kedai dobi dan meminta mereka menjaga lebih terhadap baju berjenama yang anda ada.
Sayang jika baju baru yang anda beli itu rosak ketika dibasuh.
eBay
Anda harus menjadi seorang yang teratus apatah lagi jika memiliki almari pakaian.
Pilih penyangkut baju yang diperbuat daripada kayu.
Selain itu juga pastikan almari anda mempunyai ruangan simpanan bagi barang perhiasaan lain seperti cermin mata, stoking dan juga tali pinggang.
Amalkan setiap kali selepas menggunakan anda kembalikan ke tempat asal supaya di kemudian hari apabila anda ingin memakainya kembali dapat mencari dengan mudah.
Rakuten
Itu antara masalah kecil yang boleh membawa perkara besar berlaku jika anda tidak mengambil kira artikel ini. Komen di bawah jika ada sebarang perkongsian.
BACA: Perangai Pelik Mereka Yang Genius Miliki Baju Yang Sedikit