7 Fakta Menarik Tentang Liverpool Dan Juga Manchester United Yang Perlu Anda Tahu

Awal pagi ini akan berlangsung dua pertemuan hebat di antara dua pasukan yang sudah menjadi musuh sejak sekian lama iaitu Liverpool dan juga Manchester United. Kedua-dua pasukan ini akan bertemu di tempat keramat Liverpool iaitu Stadium Anfield.

Perlawanan ini sentiasa menjadi perhatian kerana perseteruan antara kedua-dua pasukan ini begitu hangat dan sengit walaupun mereka bukanlah pasukan derby.

Untuk artikel kali ini, kami mahu menambahkan lagi kehangatan pertemuan Liverpool dan Manchester United dengan berkongsi dengan anda 7 fakta menarik yang patut kita tahu tentang perlawanan kedua-dua pasukan ini.

bola-1

#1. Liverpool vs Manchester United: Sejarah Pertembungan

Dengan melihat pada data yang ada pada gambar di atas, kita boleh tentukan siapa yang akan dan juga mampu memenangi perlawanan ini. Tetapi harus diingat, ini hanyalah rekod pertemuan sebelum ini sahaja. Dalam perlawanan bola, apa sahaja boleh berlaku. Lagipun, bola itu bulat tau. Hurm, klise.

Kredit foto: The Empire of The Kop

Kredit foto: The Empire of The Kop

#2. James Milner Menjadi Perhatian

James Milner mungkin akan menjadi pemain yang akan menjadi perhatian sama ada oleh para penonton ataupun skuad Manchester United. Ini semua gara-gara prestasi terbaik yang sedang ditunjukkan oleh Milner.

Sejak akhir musim EPL yang lalu, James Milner menjadi antara pemain Liverpool yang paling banyak terlibat dalam usaha menjaringkan gol. Dalam masa setahun, Milner sudahpun menjaringkan 9 gol dan menjadi assist sebanyak 12 kali.

Milner juga mungkin akan menyamai rekod Michael Owen pada tahun 2003 di mana Owen telah menjaringkan 4 gol melalui penalti dalam 4 perlawanan berturut-turut.

Baca lagi: Mengapa Zlatan Ibrahimovic Sombong dan Angkuh? Ini Puncanya

ads-pomade_updated

Kredit foto: Mirror

Kredit foto: Mirror

#3. Zlatan atau Rooney?

Pada awal musim ini, Zlatan Ibrahimovic kelihatan bakal menjadi mesin menjaringkan gol untuk pasukan Manchester United. Beliau dilihat boleh menjaringkan gol dalam setiap perlawanan yang disertai.

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, prestasi United agak menurun dan begitu juga dengan Zlatan Ibrahimovic. Memandangkan Ibrahimovic tidak mampu menunjukkan prestasi terbaiknya, adakah Mourinho akan menurunkan Rooney yang sudah lama disimpan di bangku simpanan? Kita nantikan perlawanan awal pagi nanti.

Kredit foto: Irish Mirror

Kredit foto: Irish Mirror

#4. Adakah Ini Akan Menjadi Kali Ketiga?

Liverpool akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan United tidak memenangi perlawanan ini 3 kali berturut-turut di Anfield. United sudah memenangi dua perlawanan sebelum ini di Anfied.

Pertama, semasa United bertemu dengan Liverpool pada Januari 2016 di mana United memenangi perlawanan ini dengan keputusan 1-0. Sebelum itu pula pada Mac 2015, M.U memenangi perlawanan menentang Liverpool dengan keputusan 2-1.

Kredit foto: The Sun

Kredit foto: The Sun

#5. Pesta Kad Merah

Perlawanan di antara United dan Liverpool dijangka akan berlaku secara agresif dan keras. Ini kerana, mengikut rekod, sepanjang pertemuan kedua-dua pasukan ini dalam sejarah EPL, sebanyak 16 kad merah telah dilayangkan.

ads-beard-oil

Kredit foto: The Sun

Kredit foto: The Sun

#6. Sinaran Klopp

Jurgen Klopp yang baru sahaja memenangi Anugerah Pengurus Terbaik Bulanan untuk bulan September 2016 pasti menjadikan anugerah ini sebagai motivasi untuknya memenangi perlawanan menentang Manchester United.

Mengikut rekod, semasa mengurus Borrusia Dortmund, Klopp sudah mengalahkan Mourinho di Real Madrid sekali, seri sekali dan tewas sekali.

Kredit foto: The Sun

Kredit foto: The Sun

#7. Kebangkitan Liverpool

Sejak Klopp mengendalikan Liverpool, prestasi The Reds berada dalam keadaan yang sangat baik. Buat masa ini, Liverpool memegang rekod sebagai pasukan yang paling banyak menguasai bola dengan purata 58.8% untuk setiap perlawanan.

Selain itu, Liverpool juga menjadi pasukan yang telah menjaringkan banyak gol sejak bulan Oktober 2015 di mana pasukan ini mempunyai jumlah jaringan sebanyak 73 gol.

Jadi, bagi anda, siapa yang akan menang perlawanan ini? Liverpool atau Manchester United? Mengikut rekod, mungkin United akan menang. Tetapi, jika berdasarkan prestasi semasa, mungkin Liverpool yang akan memenangi perlawanan ini.

Apa-apa pun, kita nantikan awal pagi ini pertemuan antara kedua-dua pasukan. Apa yang penting bagi kami ialah kedua-dua pasukan ini dapat tunjukkan permainan dan perlawanan yang menarik. Kami juga berharap, tiada layangan kad merah yang ditunjukkan kepada mana-mana pemain kedua-dua pasukan ini. Hilang seorang pemain, pasti rentak perlawanan jadi tak menarik, betul tak?

Sumber: The Sun

Baca lagi: Pemain Bola Sepak Yang Pernah Popular Kerana Penipuannya Yang World Class

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.