7 Fakta Menarik Tentang Istana Takeshi

Istana Takeshi. Sebuah rancangan berbentuk pertandingan di mana para peserta perlu melalui pelbagai halangan untuk menawan Istana Takeshi. Rancangan ini pernah popular di Malaysia pada tahun 2000 di mana ia disiarkan di saluran NTV7.

Rancangan ini telah disiarkan bermula pada tahun 1986 sehinggalah tahun 1990. Ia diterbitkan oleh syarikat penyiaran Jepuan iaitu Tokyo Broadcasting System. Rancangan ini biasanya melibatkan 100 hingga 140 orang peserta yang masuk bertanding.

Rancangan ini masih lagi disiarkan di saluran Disney XD di mana ia telah dialih bahasa ke Bahasa Inggeris. Untuk artikel ini, kami ingin berkongsi 7 fakta menarik tentang rancangan Istana Takeshi ini.

takeshi-1

#1. Ada Pemenang

Bagi yang sentiasa mengikuti rancangan ini, dapat dilihat bahawa para peserta sukar untuk mengalahkan musuh terakhir iaitu Count Takeshi yang juga merupakan penjaga terakhir Istana Takeshi. Kesukaran ini juga menyebabkan ramai merasakan rancangan ini tiada pemenang. Tetapi untuk makluman, sepanjang rancangan ini disiarkan, terdapat 7 pemenang sahaja yang pernah memenangi pertandingan ini dan membawa pulang hadiah berjumlah 1 juta yen.

Baca lagi: 5 Drama Jepun Yang Pernah Digilai Suatu Ketika Dahulu

ads-beard-oil-with-azrel

takeshi-2

#2. Bos Maskman

Dalam rancangan Istana Takeshi ini, ada seorang lelaki yang memegang watak sebagai seorang pemimpin yang memimpin barisan peserta untuk menawan Istana Takeshi. Nama watak tersebut adalah Jeneral Tani atau nama penuhnya Hayato Tani. Beliau juga pernah berlakon sebagai Komander Sugata dalam rancangan televisyen ‘Maskman’.

Kredit foto: What Culture

Kredit foto: What Culture

#3. Anugerah Semangat

Walaupun dalam rancangan Istana Takeshi ini kita dapat lihat ramai yang kecundang, pihak penerbit sebenarnya turut menghargai mereka yang tewas ini. Dalam setiap episod, 3 hingga 4 orang akan mendapat anugerah ‘semangat berjuang’ kerana aksi mereka yang tidak kenal erti putus asa dan berusaha sehabis baik. Para peserta yang bertuah membawa pulang hadiah wang tunai.

Kredit foto: What Culture

Kredit foto: What Culture

#4. Stepping Stone

‘Stepping Stone’ adalah antara halangan yang paling menarik untuk ditonton. Pada halangan ini, kita dapat lihat setiap peserta, mesti, berlari laju untuk mengelakkan diri daripada terpijak batu yang tenggelam. Namun begitu, apabila terlalu laju, ada peserta yang tidak pun berjaya sampai ke seberang. Malah, mereka melompat masuk ke dalam semak. Peliklah, kenapa tak melompat perlahan-lahan dari satu ke satu batu sahaja kan?

Kredit foto: DVD Talk

Kredit foto: DVD Talk

#5. 30 Buah Negara

Rancangan Istana Takeshi ini sememangnya sebuah rancangan yang cukup popular bukan sahaja di Jepun, malah ia telah menembusi 30 buah negara. Ini termasuklah Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Arab Saudi, Sepanyol dan lain-lain lagi.

ads-pomade_updated

Kredit foto: Renew Cancel TV

Kredit foto: Renew Cancel TV

#6. Menyaman Wipeout

‘Wipeout’ adalah sebuah rancangan berbentuk pertandingan yang diterbitkan oleh penerbit dari Amerika Syarikat di mana syarikat ini dikatakan telah meniru format pertandingan Istana Takeshi. Penerbit Istana Takeshi telah memfailkan saman kepada penerbit rancangan Wipeout kerana tindakan mereka yang tidak beretika.

Kredit foto: What Culture

Kredit foto: What Culture

#7. 106 Halangan

Sepanjang rancangan Istana Takeshi ini disiarkan, terdapat 106 halangan yang telah dibina untuk menghalang para peserta daripada menawan Istana Takeshi. Namun begitu, ada beberapa halangan hanya muncul sekali atau dua kali sepanjang penyiaran rancangan ini.

Adakah anda mengetahui apa-apa fakta yang lain selain daripada ini? Kongsikan fakta anda dengan kami di ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: 5 Cerita Superhero Bertopeng Yang Buat Kanak-Kanak 90an Sanggup Ponteng Sekolah

Join us_New

1 Comment

  1. Ina

    November 3, 2016 at 12:58 AM

    Dah lama tak tengok rancangan ni. Memang kelakar. Masa tinggak di Jepun dulu rajin lah tengok. Rindu betul dengan segala-galanya tentang Jepun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *