7 Cara Untuk Si Ayah Hilangkan Kebosanan Anak-Anak Tanpa Smartphone

Kami percaya, perkara sebegini sering berlaku kepada anda yang mempunyai anak kecil. Anda berada di sebuah restoran bersama-sama isteri dan anak anda. Oleh kerana tempahan makanan mengambil masa yang agak lama untuk siap, anak anda mula rasa tidak selesa, tidak sabar dan mula buat perangai.

Dia menjerit, dia menangis dan dia mula membaling barang dan mengetuk-ngetuk meja. Orang-orang di sekeliling mula melihat dengan pandangan yang menjengkelkan dan anda pula mula jadi tidak selesa. Anda pula tidak membawa apa-apa mainan atau buku untuk anak anda untuk menghilangkan kebosanannya.

Pada ketika itu anda merasakan smartphone anda boleh menjadi penyelamat untuk menenangkan anak kecil anda. Tetapi, anda pun tahu yang smartphone ini boleh memberi kesan buruk kepada anak-anak kecil jika ia dididik dengan menggunakan smartphone apabila membuat perangai.

Jadi, apa anda nak buat?

Kami di Mensive sudah menyenaraikan 7 cara bagaimana anda boleh hiburkan anak kecil anda tanpa menggunakan smartphone. Sebenarnya, 7 permainan yang kami kongsikan di sini adalah permainan yang biasa anda main semasa kecil. Cuma, anda perlu ubahnya mengikut tahap pemahaman anak anda. Jom kita lihat satu per satu permainan ini.

smartphone

Kredit foto: Youtube

#1. Lagu Apa Ni?

Buat bunyi muzik atau ‘humming’ lagu-lagu kanak-kanak seperti lagu-lagu yang sering dinyanyikan oleh ‘Didi and Friends’ dan kemudian suruh anak anda teka lagu yang anda ‘humming’.

Kredit foto: PatientsLikeMe Blog

Kredit foto: PatientsLikeMe Blog

#2. Apa Yang Hilang?

Permainan ini memang seronok dimainkan jika anda berada di restoran. Ambil peralatan-peralatan seperti sudu, garfu dan gumpalan tisu dan tunjukkan dahulu kepada anak anda dan minta dia ingat barang-barang tersebut. Selepas itu, tutupkan ketiga-tiga barang tersebut dengan napkin atau kain yang besar yang cukup untuk menutupi kesemua barang.

Semasa nak tutup tiga barang tu, tanpa pengetahuan anak anda, cepat-cepat alihkan salah satu barang sama ada sudu, garfu atau gumpalan dan sorokkan di tempat lain.  Kemudian, angkat napkin tersebut dan tanya anak anda, barang apa yang hilang.

Baca lagi: 5 Cerita Superhero Bertopeng Yang Buat Kanak-Kanak 90an Sanggup Ponteng Sekolah

ads-beard-oil-with-azrel

Kredit foto: Semua Wallpaper

Kredit foto: Semua Wallpaper

#3. Siapa Saya?

Permainan ini memerlukan anak anda meneka anda menyamar sebagai haiwan apa. Anda perlu pilih satu haiwan dan anak anda pula perlu bertanya soalan untuk meneka anda sedang menjadi haiwan apa. Contoh soalan adalah seperti, “Adakah anda mengaum?”, “Adakah leher anda panjang?”, “Adakah anda hidup dalam air?” dan sebagainya.

Kredit foto: Youtube

Kredit foto: Youtube

#4. Sentuh Tu, Sentuh Ni

Permainan ini pula memerlukan anak anda memegang warna-warna yang anda arahkan. Contohnya, anda boleh arahkan, “Sentuh benda berwarna merah,” kemudian anak anda perlu mencari benda berwarna merah dan sentuh.

Anak anda boleh sentuh benda-benda yang berdekatan dengannya. Tetapi, jika ada benda yang anak anda nak pegang tu jauh, pastikan dahulu dia tidak mengganggu orang lain dan kawasannya selamat.

Kredit foto: Public Domain Pictures

Kredit foto: Public Domain Pictures

#5. Pemburu Bentuk

Tanya anak anda jika dia ternampak bentuk-bentuk yang anda sebutkan. Contohnya anda sebut, “Nampak tak benda macam segi empat?”, “Nampak tak benda macam segitiga?” Anak anda pula perlu mencari dan tunjukkan di mana bentuk yang dia nampak itu.

ads-pomade_updated

Kredit foto: Shutterstock

Kredit foto: Shutterstock

#6. Teka Teki

Bagi teka teki yang mudah sahaja kepada anak anda. Contohnya seperti, “Saya seperti kucing, tetapi saya mengaum. Siapa saya?” Ataupun, anda boleh juga bagi teka-teki seperti ini, “Saya dari besi, berat dan bersayap. Tetapi, saya boleh terbang. Siapa saya?” Ingat, ini adalah teka-teki tahap anak kecil, jadi, tanyalah soalan yang mudah sahaja ye.

Kredit foto: Clearwater Public Library Family Connection

Kredit foto: Clearwater Public Library Family Connection

#7. Yang Mana Satu?

Ambil apa-apa barang bersaiz kecil yang boleh muat dalam genggaman anda. Contohnya seperti duit syiling. Tunjukkan kepada anak anda duit syiling itu dan simpan dalam genggaman anda tidak kisah sama ada belah kiri atau kanan.

Kemudian, bawa genggaman anda ke belakang badan dan tukar kedudukan duit syiling tadi. Jika tadi anda letak di belah kiri, maka anda boleh ubah ke belah kanan atau tidak mengubahnya langsung. Bawa semula ke depan dan suruh anak anda teka, genggaman belah mana ada duit syiling yang disorokkan tadi.

Haa… Bila anda tahu pasal permainan ni, jadi lepas ni tak payah dahlah anda guna smartphone untuk hiburkan anak kecil anda. Selain itu, anda juga boleh harpatkan hubungan silaturrahim dengan si kecil anda.

Jika anda ada permainan lain yang anda boleh kongsikan, bolehlah anda tinggalkan cadangan anda dalam ruangan komen di bawah ye.

Baca lagi: Nama Watak-Watak Dragon Ball Berasal Daripada Nama Makanan

Join us_New

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.